Posts

Showing posts from 2017

Bebas

BEBAS Aku ingin hidup dalam dunia yang bebas Dunia tanpa darah Dunia tanpa kejahatan Namun keinginanku itu hanyalah sebuah utopia Mimpi-mimpi ku ini hanyalah khayalan Biarkan aku terus hanyut, Terus bermimpi mengejar bintang Kerana aku tidak mahu hidup dalam dunia penuh penipuan ini. BUKU DAN MUZIK Membaca buku membuatkan diriku rasa kerdil Aku manusia yang bodoh Aku manusia yang jahil Kerana buku aku mengenal kebenaran Kerana buku aku melawan Kerana buku aku sedar Kerana buku aku jadi kuat Ilmu yang ku miliki mungkin tidak cukup sebesar zarah pun Terima kasih buku Muzik membuatku rasa bahagia Membuatkan rasa diri ini   seperti kehidupan dalam muzikal Muzik membuatku dapat melarikan diri dari realiti Terima kasih muzik

Catatan buat pejuang kiri

Dunia ini tidak pernah adil kerana wujudnya dua jenis manusia. Yang baik dan jahat hidup bersama. Yang jahat akan terus berkuasa kerana mereka mempunyai kuasa. Yang baik terus dipijak-pijak. Walaupun cuba bangkit melawan pasti yang jahat ini akan menang kerana mereka mempunyai kuasa. Kemerdekaan bukan milik parti politik mahupun raja. Kemerdekaan milik rakyat dan milik kita bersama. Tetapi sang penguasa mencuri kemerdekaan bersama kita menjadi milik mereka. Sejarah ditulis mengikut citarasa mereka. Sedangkan perit jerih dilakukan rakyat sendiri. Mereka duduk di istana tanpa pernah mengenal erti kesusahan. Sang penjajah memberi mereka wang, arak dan dadah. Mereka tidak pernah merasa erti kesusahan. Mereka hanya memunculkan diri bila perlu dan nama mereka yang dicatatkan dalam sejarah. Sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa. Tapi mengapakah kita masih mengagungkan mereka? Mereka yang memperjuangkan kebenaran ditangkap, dipenjara dan dihina. Mereka hanya mahu kita bebas daripad

Manusia

Image
Tidak penatkah kamu berbunuhan? Tidak penatkah kamu saling menyakiti? Berulang-ulang kali disakiti? Tidak penatkah? Kita semua mempunyai mimpi, Mempunyai impian, Ingin hidup aman dan damai, Tapi mengapakah kita masih memillih jalan untuk menyakiti dan disakiti? Manusia, Melakukan kebaikan adalah satu dosa bagimu, Melakukan kejahatan adalah satu kemenangan bagimu, Di dunia ini kemenangan milik penindas, Yang ditindas terus dilayan bagaikan sampah, Bukankah Tuhan mencipta kita semua sama sahaja? Tiada batasan yang menghalang, Menghubungkan kita semua, Jadi siapa yang mencipta penghalang itu? Jawapannya manusia sendiri, Biarlah kita terus menganiaya dan dianiaya, Kerana itulah yang manusia suka. Sebuah puisi yang tiada nilai estetika. Hanya ingin melahirkan rasa hati yang kecewa terhadap manusia yang tidak pernah berhenti membunuh orang. Bagiku haiwan itu lebih mulia daripada manusia. Kamu punya akal, boleh berfikir. Punya hati dan perasaan

Catatan Seorang Penulis yang Hipokrit

Saat aku menulis catatan ini, aku berada dalam keadaan emosi yang tak stabil. Aku tak tahu kenapa tetiba dia datang balik. Rasa sedih, perasaan benci datang membuak-buak. Membuat aku rasa jijik dengan manusia sendiri. Aku ada prinsip yang mana aku takkan percayakan sesiapa walau rapat mana sekalipun aku dengan mana-mana orang. Walaupun dengan kawan rapat sendiri. Kerana pada aku manusia baik mana sekalipun tetap akan menipu. Aku tak tahu kenapa tetiba aku nak menulis dan sebenarnya aku tak ada idea apa yang aku nak tulis. Pernah tak kau rasa hidup ni tak bermakna? Pernah tak kau rasa manusia ni seakan-akan sengaja memperbesarkan sesuatu benda. Aku rasa aku seperti mayat hidup seperti robot yang tak tahu apa itu erti kehidupan. Hidup macam orang biasa tapi takde perasaan. Hanya lakukan sesuatu tanpa perasaan asalkan benda tu siap. Kadang-kadang aku rasa tak nak melakukan apa-apa sebab pada aku seakan-akan semuanya sama sahaja. Aku tak tahu bagaimana nak jelaskan. Tapi begitulah apa

Perempuan Berkalung Sorban: Buku sebagai Alat Pembebasan

Image
       Sekali lagi Indonesia mampu mencipta sebuah karya yang penuh dengan falsafah dan kritikan kepada masyarakat. Sebenarnya filemni dah lama tapi aku baru je tengok sebab astro oasis tayangkan cerita tu. Tema dalam filem ni buat aku tertarik untuk tengok sampai habis. Genre dia klise iaitu cinta islamik. Tapi cuba kau bandingkan dengan filem Malaysia dalam genre ni bagai langit dan bumi. Kalau dekat Malaysia jalan cerita dia mesti pasal mula-mula orang tu mesti bersosial lepastu jumpa orang alim terus berubah jadi baik. Geli wei tengok cerita macamtu. Pada aku, penerbit-penerbit saja nak kaut keuntungan.  Apa yang aku dapat daripada filem ini ialah bagaimana buku boleh menjadi alat pembebasan. Pada waktu tu sekolah agama di Indonesia sangat konservatif dan menolak semuanya yang datang dari Barat dan hanya berpegang kepada Al-Quran dan Hadis. Mereka hanya diajarkan perihal akhirat sahaja dan perlu tunduk kepada lelaki. Anissa, watak utama dalam cerita ini merasakan diti

Sistem pendididikan teruk

     Eh,aku geram betul lah dengan Lembaga Peperiksaan ni.Menyampah. Setiap tahun ada je kerja nak ubah format. Menyusahkan betul. Engkau kalau nak tukar format pun maklumkan lah awal-awal.Suka beritahu last minit.Sudahlah tak ada integriti.Sebab kau main tukar-tukar ni pelajar jadi mangsa.Tak boleh ke kalau kau dah statik satu benda tu jangan diubah boleh? Itu tak adil. Sekejap gred turun,sekejap gred naiklah.Apa punya bangang dengan sisitem pendidikan kita.Hahaha.Bagus sangatlah sistem pendidikan kitakan. Macam mana nak tentukan kualiti pelajar tersebut kalau gred pun main suka hati turun dan naikkan.           Sekarang kau lihat kesanya. Pelajar bila peperiksaan datang sibuk mengendeng dengan pensyarah atau guru tanya soalan apa yang keluar. Pelajar obses dengan 'A'. Jadah budak-budak ni. Baca sajalah kesemuanya. Ilmu sudah tak dihargai. Ilmu digunakan untuk dijadikan tempat untuk melubukkan wang dan menindas orang. Generasi kami dan seterusnya mahukan pendidikan yang berku

Berubah

Aku rasa entry aku yang sebelumni banyak berdasarkan emosi yang melampau dan tak munasabah. Asyik salahkan cikgu, salahkan sistem dan semua orang di sekililing aku jadi mangsa. Sebenarnya bila aku tengok balik penulisan blog aku yang lama-lama aku rasa  'cringe'  sebenarnya. Aku lihat diri aku yang dahulu penuh dengan kebencian dan kemarahan. Aku ingin dunia ini berubah mengikut idea aku yang sudah pastinya mustahil. Sekarang, aku dah tak mampu lagi nak marah dan berdendam sebab aku penat. Aku terlalu penat nak marah dan nak benci orang. Aku tahu mereka takkan berubah. Kononya mereka belajar daripada sejarah untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu, tetapi mengapa masih wujud manusia yag membenci kau kerana terdapat perbezaan ras dan etnik? Mengapa masih wujud manusia yang merasakan diriya seperti Tuhan hanya kerana mereka mempuyai wang yang banyak? Sedangkan bila kau fikirkan kembali kita semuanya sama sahaja. Manusia sendiri yang menciptakan kasta itu sendiri. Dulu aku ra

Rangka Manusia Awal di Asia Tenggara

PENGENALAN             Asia tenggara kini terdiri daripada 10 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam, Filipina, Brunei dan Myammar. Sebelum munculnya negara-negara moden ini, kawasan ini juga telah melalui zaman Prasejarah. Prasejarah membawa maksud “sebelum sejarah”. [1] Pada zaman ini belum terciptanya tulisan dan ia merupakan suatu zaman yang tidak boleh dimasukkan dalam zaman tamadun. Zaman Sejarah pula adalah zaman di mana adanya tulisan untuk merekodkan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. [2] Penemuan peninggalan-peninggalan dan artifak yang ditemui adalah menggunakan kaedah cari gali oleh ahli arkeologi. Melalui penemuan peninggalan dan artifak, ahli arkeologi dan ahli antropologi dapat mengkaji bahan-bahan tersebut untuk menentukan umur masyarakat tersebut. [3] Bahan yang dijumpai dikaji untuk mengetahui kegunaanya. Untuk memudahkan ahli-ahli arkeologi  menyusun maklumat dan merekod, klafisikasi akan dibuat. 3 jenis data akan d

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Pengenalan             Kerajaan Johor telah diasaskan oleh Raja Ali, putera kepada Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528. Terbinanya kerajaan Johor bagi meneruskan Kerajaan Melaka yang telah jatuh kepada tangan Portugis pada tahun 1511. Sultan Ahmad dan ayahanda baginda telah melarikan diri ke Hulu Muar, seterusnya Pahang,Johor dan akhirnya ke Bintan.             Walaubagaimanapun, Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan kembali Melaka. Pada tahun 1526, Bintan diserang menyebabkan baginda beralih tempat ke Kampar. Tetapi Kampar dikatakan tidak mempunyai potensi yang bagus lalu baginda membawa ahli keluarganya berpindah. Sultan Mahmud telah digantikan oleh puteranya Raja Ali setelah baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528. [1] Raja Ali mula mendirikan pusat pemerintahan Johor yang pertama di Pekan Tua iaitu di Hulu Sungai Telor yang terletak di daerah Kota Tinggi. Era pemerintahan Kerajaan Johor boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Dinasti Kesul