Posts

Showing posts from 2016

Buku menarik untuk dibaca

1. Zf Zamir -  Sekolah bukan penjara, universiti bukan kilang      Buku ini telah mengubah persepsi aku terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Sebelum jumpa buku ini aku ada krisis dengan diri aku di mana aku tak puas hati dengan sistem pendidikan kita yang terlalu exam oriented sampai aku jadi stress. Buku ini memberi penjelasan yang agak baik tentang kelemahan sistem pendidikan kita. 2. Tamim Ansary - Sejarah dunia dari sudut pandang Islam      Mungkin kau anggap genre buku seperti ini cliche. Bila aku baca buku ini aku rasa macam wow. Banyak benda yang aku tak tahu sebenarnya tentang sejarah Islam. Tentang sejarah hasyasyin(merepek je aku eja), pembunuhan Saidina Usman dan Saidina Ali dan pelbagai lagi. Bagi aku sejarah Islam yang diajar kat oleh ustaz atau ustazah macam ada kekurangan. Buku Buya Hamka tentang sejarah Islam juga boleh kau nak baca dan skopnya lebih luas kerana melibatkan kawasan di nusantara. 3. Syed Hussein al-Attas - Intelektual Masyarakat Bangun      Bukan

Perempuan melayu berubahlah!

Persoalannya adakah benar perempuan melayu suka berfantasi? Bagi aku itu adalah satu pernyataan yang benar. Kau boleh lihat di sekeliling kau terutamanya sahabat-sahabat kau dan rakan sekelas kau. Lihat apa bacaan dieorang. Lihat apa drama dan filem yang mereka tonton, lagu apa yang mereka dengar. Aku akui aku pun pernah tergolong dalam kalangan perempuan yang suka berfantasi ni. Tak silap aku masa tu aku Tingkatan 1 sampailah aku Tingkatan 2. Aku memang baca novel-novel cinta yang sekarang ni aku anggap sampah. Aku berhenti baca novel-novel tu lepas baca buku Melur Jelita, 'I Love You Stupid'. Bila tengok tajuk novel tu memang kau rasa macam novel picisan tapi sebenarya novel ni bagus. Cuma bab-bab pasal watak yang terlalu diagungkan kesempurnaan fizikalnya tu aku tak berapa berkenan. Bila ingat balik bendatu aku rasa bodohnya aku. Aku bukanlah hipokrit sangat konon cool la tak pernah baca benda tu. Tengok drama-drama cinta semuatu. Masa tu jugak aku layan kpop. Memang obses

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Assalamualaikum. Disebabkan aku dah habis belajar dekat matrik aku nak cerita pasal kehidupan sebagai pelajar matrik. Aku pernah memberontak dan tak boleh terima kena belajar kat matrik sebab aku tak nak belajar sains dan pilihan terakhir yang aku ade cuma akaun. Aku sebenarnya nak masuk tingkatan 6 sebab nak ambik sains kemanusiaan. Aku nak belajar sejarah sebab aku memang minat gila- gila sejarah. Tapi aku kena juga masuk matrik. Ayah aku cakap dah dapat tawaran matrik kenapa nak ambik tingkatan 6 yang aku tak dapat tu. Jadi aku masuk je matrik tapi dengan syarat aku tak nak belajar sains. Aku nekad ambik modul perakaunan. Sebenarnya, takde lah teruk sangat pengalaman kat matrik ni. Kau dapat suasana yang baru dan kawan baru yang lain daripada lain. Sepanjang aku hidup kat matrik takde lah benda buruk atau yang tak best berlaku. Semua nya ok je. Aku mulakan cerita aku dari pertama kali aku masuk matrik sehingga lah penghujungnya.Tapi catatan ringkas je. Tak pandai lah nak tuli