Posts

Showing posts from December, 2016

Buku menarik untuk dibaca

1. Zf Zamir -  Sekolah bukan penjara, universiti bukan kilang      Buku ini telah mengubah persepsi aku terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Sebelum jumpa buku ini aku ada krisis dengan diri aku di mana aku tak puas hati dengan sistem pendidikan kita yang terlalu exam oriented sampai aku jadi stress. Buku ini memberi penjelasan yang agak baik tentang kelemahan sistem pendidikan kita. 2. Tamim Ansary - Sejarah dunia dari sudut pandang Islam      Mungkin kau anggap genre buku seperti ini cliche. Bila aku baca buku ini aku rasa macam wow. Banyak benda yang aku tak tahu sebenarnya tentang sejarah Islam. Tentang sejarah hasyasyin(merepek je aku eja), pembunuhan Saidina Usman dan Saidina Ali dan pelbagai lagi. Bagi aku sejarah Islam yang diajar kat oleh ustaz atau ustazah macam ada kekurangan. Buku Buya Hamka tentang sejarah Islam juga boleh kau nak baca dan skopnya lebih luas kerana melibatkan kawasan di nusantara. 3. Syed Hussein al-Attas - Intelektual Masyarakat Bangun      Bukan

Perempuan melayu berubahlah!

Persoalannya adakah benar perempuan melayu suka berfantasi? Bagi aku itu adalah satu pernyataan yang benar. Kau boleh lihat di sekeliling kau terutamanya sahabat-sahabat kau dan rakan sekelas kau. Lihat apa bacaan dieorang. Lihat apa drama dan filem yang mereka tonton, lagu apa yang mereka dengar. Aku akui aku pun pernah tergolong dalam kalangan perempuan yang suka berfantasi ni. Tak silap aku masa tu aku Tingkatan 1 sampailah aku Tingkatan 2. Aku memang baca novel-novel cinta yang sekarang ni aku anggap sampah. Aku berhenti baca novel-novel tu lepas baca buku Melur Jelita, 'I Love You Stupid'. Bila tengok tajuk novel tu memang kau rasa macam novel picisan tapi sebenarya novel ni bagus. Cuma bab-bab pasal watak yang terlalu diagungkan kesempurnaan fizikalnya tu aku tak berapa berkenan. Bila ingat balik bendatu aku rasa bodohnya aku. Aku bukanlah hipokrit sangat konon cool la tak pernah baca benda tu. Tengok drama-drama cinta semuatu. Masa tu jugak aku layan kpop. Memang obses