Perempuan melayu berubahlah!

Persoalannya adakah benar perempuan melayu suka berfantasi? Bagi aku itu adalah satu pernyataan yang benar. Kau boleh lihat di sekeliling kau terutamanya sahabat-sahabat kau dan rakan sekelas kau. Lihat apa bacaan dieorang. Lihat apa drama dan filem yang mereka tonton, lagu apa yang mereka dengar.
Aku akui aku pun pernah tergolong dalam kalangan perempuan yang suka berfantasi ni. Tak silap aku masa tu aku Tingkatan 1 sampailah aku Tingkatan 2. Aku memang baca novel-novel cinta yang sekarang ni aku anggap sampah. Aku berhenti baca novel-novel tu lepas baca buku Melur Jelita, 'I Love You Stupid'. Bila tengok tajuk novel tu memang kau rasa macam novel picisan tapi sebenarya novel ni bagus. Cuma bab-bab pasal watak yang terlalu diagungkan kesempurnaan fizikalnya tu aku tak berapa berkenan. Bila ingat balik bendatu aku rasa bodohnya aku. Aku bukanlah hipokrit sangat konon cool la tak pernah baca benda tu. Tengok drama-drama cinta semuatu. Masa tu jugak aku layan kpop. Memang obses gilalah dengan muka lelaki yang hensem-hensem tu. Masatu aku masih tak berpijak pada bumi yang nyata. Tak ambik tahu sangat pasal hal isu semasa walaupun kawan-kawan aku cakap aku tahu segalanya. Huhu. Bagi aku fikiran manusia akan mengalami perubahan kearah yang lebih matang. Cuma yang membezakannya berapa lama proses tersebut berjalan.
Aku rasa aku dah lari tajuk sebenarnya. Hahaha. Berbalik kepada persoalan tadi. Bagi aku untuk kau mencari perempuan yang suka bincang benda berilmiah ni sangat sukar kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Walaupun dekat universiti perempuan lagi ramai daripada lelaki, kau boleh lihat lelaki mendominasi  aktiviti-aktiviti berilmiah. Mereka lebih cepat ambil tahu hal isu semasa berbanding perempuan. Ini apa yang aku perhatikan. Sepatutnya bila kau dah masuk universiti kau akan jadi lebih bijak, tidak lagi baca buku yang hanya mebuatkan kau lebih khayal dengan kehidupan dunia. Haus akan cinta daripada kaum Adam.
Bila aku cerita dengan kawan-kawan aku tentang hal isu semasa mereka akan cakap 'aku tak tahu pun benda-benda ni semua'. Menyedihkan bukan? Paling menyedihkan bila ada yang tak suka baca buku berilmiah dengan mengatakan 'tak minat aku baca buku ni','tak rajinya nak baca buku camni'. Tetapi perempuan-perempuan dapat baca novel cinta dalam masa satu hari je. Mengapa hal ini berlaku? Mengikut pengalaman aku yang pernah membaca novel seperti ini, aku rasa sangat seronok bila baca. Aku tak tahu nak describe macam mana sebab aku dah lama tinggalkan benda tu. Cuma yang aku boleh katakan bila baca buku macamtu otak kau rasa ringan. Dalam novel-novel macamni lelaki yang digambarkan mesti yang hensem-hensem pastu muka mesti nak putih di mana aku rasa benda tu semua sebenarnya bullshit. Perempuan mana tak cair kalau lelaki hensemkan pastu tetiba jatuh cinta dengan perempuan yang cantik. Itulah stigma masyarakat kita yang hanya memandang luaran sahaja. Disebabkan lambakan novel macamtu, perempuan-perempuan yang baca novel ni seakan didoktrinkan supaya hanya jatuh cinta kepada lelaki yang hensem dan kaya. Kalau ada lelaki yang tak berapa good looking dan tidak kaya layak dibakul sampahkan kerana mereka tidak bernilai. Benda ni betul wei. Kalau kau tak hensem memang kau takkan dipandang langsung. Dieorang akan cakap 'eei tak minatlah sebab tak hensem'. Keji bukan manusia ni? Tapi aku rasa lelaki pun macamtu. Mereka juga mengharapkan pasangan mereka boleh jadi romantik seperti dalam novel-novel tersebut. Sedangkan itu hanyalah fantasi seorang penulis yang tidak menulis berdasarkan reaiti. Ada penulis yang masih bujang lagi. Apa yang kau expect daripada penulis macamni? Kau patut bersyukurlah lelaki tu nak kahwin dengan kau. Itu tanda dia sayang kau.
Kalau kau tengok sekarang makin ramai orang mengkritik drama-drama petang dan filem-filem cinta yang hanya berkisarkan tentang cinta antara lelaki hensem,kaya dengan perempuan cantik. Tetapi mengapa rating drama-drama seperti ini masih tinggi? Masih berjuta-juta orang menontonnya? Pada pendapat aku, banyak mana pun kritikan pun yang kau buat dieorang tak baca pun. Dieorang tak sedar pun kewujudan pengkritik-pengkritik ni kecuali jika ada rakan-rakan atau sedara mara yang bagi baca baru dieorang tahu. Dieorang tak sedar pun ada orang yang mengutuk perbuatan mereka yang menonton benda tak berfaedah tu. Dieorang belu lagi sampai kepada tahap kesedaran tersebut. Kawan-kawan aku yang layan benda ni semua mana nak ambil tahu apa yang berlaku dekat sekeliling kita. Kalau dieorang ada media sosial pun bukannya mereka follow orang seperti Zf Zamir, Dr Maszlee Malik. Feed mereka penuh dengan benda yang mereka minat sahaja.
Sebenarnya aku rasa sangat annoying dengan orang yang hanya 24 jam fikir pasal cinta. Masalahnya kalau sorang dua je takpe. Ini kebanyakan yang aku jumpa semua macamtu. Nak bincang pasal benda yang berilmiah sangatlah susah kecuali kalau berkaitan dengan peperiksaan. Belum pernah aku jumpa perempuan yang berbincang tentang sistem pendidikan kita yang terlalu exam oriented ni sebenarnya bermasalah. Selalu lelaki sahaja yang membincangkan hal-hal seperti ini. Aku rasa seronok gila kalau dapat jumpa kawan perempuan yang suka membaca (kecuali buku novel cinta) dan gilakan ilmu (bukan hanya untuk peperiksaan) sebab kau boleh berkongsi pellbagai idea dengan orang seperti ini. Mereka tidak pernah kering dengan idea yang baru. Aku harap satu hari nanti pupuslah drama-drama dan novel yang tak bermanfaat ni. Aku tak nak anak cucu aku hidup dalam dunia fantasi penulis yang sangapkan kasih lelaki.

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!