KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Assalamualaikum.

Disebabkan aku dah habis belajar dekat matrik aku nak cerita pasal kehidupan sebagai pelajar matrik. Aku pernah memberontak dan tak boleh terima kena belajar kat matrik sebab aku tak nak belajar sains dan pilihan terakhir yang aku ade cuma akaun. Aku sebenarnya nak masuk tingkatan 6 sebab nak ambik sains kemanusiaan. Aku nak belajar sejarah sebab aku memang minat gila- gila sejarah. Tapi aku kena juga masuk matrik. Ayah aku cakap dah dapat tawaran matrik kenapa nak ambik tingkatan 6 yang aku tak dapat tu. Jadi aku masuk je matrik tapi dengan syarat aku tak nak belajar sains. Aku nekad ambik modul perakaunan. Sebenarnya, takde lah teruk sangat pengalaman kat matrik ni. Kau dapat suasana yang baru dan kawan baru yang lain daripada lain. Sepanjang aku hidup kat matrik takde lah benda buruk atau yang tak best berlaku. Semua nya ok je.

Aku mulakan cerita aku dari pertama kali aku masuk matrik sehingga lah penghujungnya.Tapi catatan ringkas je. Tak pandai lah nak tulis panjang-panjang. Ayat kelaut. Jadi untuk permulaan cerita aku akan mulakan dengan hari pertama aku sampai di kolej. Untuk pengetahuan korang aku dapat tawaran masuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dekat Kuala Pilah. Lepas daftar semua tu aku pergi tengok bilik. Bilik dia ok lah. Tak teruk mana. Tapi mak aku kata usang. Dia kata beza sangat dengan bilik kakak aku kat Kolej Matrikulasi Johor. Ye la KMNS ni dah tua. Tak silap aku tahun 1998, kolej matrik kedua yang dibina lepas Melaka. Satu benda aku nak warning, masalah air tu benda biasa dekat sana. Lagi-lagi kalau waktu pagi. So kalau boleh korang mandilah awal sikit sebab kalau lewat pressure air makin rendah dan terpaksa mandi dekat aras lain. 

Orientasi dia selama seminggu. Aku tak suka. Seriously aku sangat tak suka. Aku rasa macam budak-budak. Kena kawal pastu main permainan yang macam budak kecik tu. Dia punya orientasi banyak cakap-cakap pastu ada sesi kenal dengan budak-budak yang akan jadi classmate korang. Lepastu dia cerita pasal peraturan ,ada cheerwars dan dengar ceramah daripada alumni KMNS. Masa tu aku dapat Modul 1. Dia boleh tukar modul nanti lepas satu minggu kau belajar. Classmates baru aku semua cool je. Untuk seminggu tu memang tak sempatlah aku nak rapat dengan dieorang. Then ade sorang classmate aku pun nak tukar kepada modul perakaunan. Kiteorang dapat kuliah sama cuma kelas je berbeza. Masa minggu pertama tak banyak sangat kerja. Aku pun macam acah tak acah je buat sebab excited nak tukar modul. Tak sabar nak keluar daripada kelas sains. Masa dekat sekolah dulu aku  rasa seksanya nak kena belajar benda yang aku tak minat. Tapi sebenarnya aku pun takdelah minat sangat nak ambik perakaunan. Kena belajar akaun pastu perniagaan. Itu pun bukan subjek yang aku minat. Ekonomi je aku suka. Aku dah lah takde asas.Ade lah yang tak yakin dengan aku.Aku peduli ape. Itu hidup aku. Suka hati aku lah nak pilih apa yang aku nak. Dah aku rasa itulah keputusan yang paling terbaik aku pernah buat. Tak menyesal langsung. Walaupun pada mulanya aku takut aku tak boleh buat akaun. Classmate baru aku sangat awesome. Walaupun ambik masa jugaklah nak rapat dengan dieorang. Ye lah dieorang dah kenal masa orientasi aku pulak baru masuk. Budak kelas aku ramai jugak yang sebenarnya dulu kelas sains tapi tukar masuk akaun. Kalau kau tanya dieorang kenapa ambik akaun mesti akan cakap tak minat sains.

Dekat matrik ni aku dapat rasa suasana yang berbeza dengan sekolah aku. Sekolah aku dulu majoritinya orang Cina jadi bila masuk sini majoriti Melayu. Rasa dia lain sangat tau. Kalau dengan lelaki Cina kau tak segan sangat tapi disebabkan dekat matrik ni ramai sangat laki Melayu aku segan gila. Ok jangan gelakkan aku. Aku memang tak pandai bergaul dengan lelaki.Aku takde kawan lelaki pun. Even dekat sekolah pun. Dekat sana kalau nak shopping ada Econsave dengan Giant je. Kalau nak fast food ada kfc dan pizza hut. Dekat sini kalau nak makanan sedap kena cari Char Kuey Tiow. Sumpah nice gila. Kiteorang setiap minggu hari Jumaat pergi beli Char Kuew Tiow dekat depan matrik. 

Benda yang aku paling menyampah kat matrik ni die punya sistem. Sama je macam dekat sekolah. Lepastu terkejar-kejar nak ranking pertama. Dia seboleh-bolehnya nak paksa orang dapat 4 flat. Lepastu setiap kuliah dan praktikum akan bersaing nak dapat ranking pertama. Siap ada anugerah tahu.Tradisi ni memang takkan pernah mati. Kau kena hadap lagi situasi macam ni. 

Dekat matrik ni lagi banyak jenis kawan yang kau akan jumpa. Masatulah kau akan macam "wei dulu kat sekolah aku tak pernah ada kawan macamni". Jadi pandai-pandai lah cari kawan yang sekepala dengan kau. Boleh pergi outing sama-sama nanti.Senang. Orang cakap matrik ni masa dia pack. Tapi tu untuk budak Modul 1 je.Sebab tu budak-budak modul ni suka bandingkan dia punya modul dengan modul lain. Kata dieorang busylah ape lah. Kalau kau budak modul lain memang kau akan rasa annoying gila. Persetankan je semua benda tu.Yang penting kau enjoy. Hubungan dengan roomate pun kau kena jaga. Susah wei kalau gaduh dengan roomate. Ada kawan aku ni,dia dengan roomate dia tak ok. Masuk bilik tak bercakap.Lepastu adalah kes main hentak-hentak pintu,jeling menjeling. Tak syok doh macamtu. So,jagalah hubungan baik dengan roomate korang.

Khas untuk budak KMNS, kau sabar jelah dengan pakcik teksi dengan pakcik van yang tak habis-habis gaduh. Lagi satu dieorang tamak sikit.Suka berebut budak. Lepastu mulalah nak burukkan orang yang dia tak suka.Kalau boleh carilah pakcik teksi yang tak banyak cakap dan yang baik.Tak silap aku pakcik nama Rahim ni sangat bagus. Servis dia ok. Ada jenis yang suka bawak laju. Dekat Pilah ni orang kalau bawak kereta memang laju. Nak melintas jalan takut wei. Kalau kau nak jimat naik je van. Tapi kalau kemalangan insurans tak boleh claim. Jalan-jalanlah dekat Seremban sebab dekat Kuala Pilah takde pape. Bosan. Nak pergi Seremban kalau naik bas RM 4 je.Tapi mostly budak yang datang dari bandar akan cakap Seremban tak best.Aku yang datang dari JB ni pun admit benda tu. Sebab aku rasa macam segala-galanya kecik. AEON dia kecik. Mall dia kecik-kecik. Pastu tak banyak sangat kedai menarik.Aku nak warning kat korang please lah jangan percaya dengan pakcik Himbia .Dia bawak teksi no 4773.Tengok aku ingat lagi.Pernah kena tipu dengan dia pasal kereta sewa.

Itu je kot yang aku nak cerita. Konklusinya kat sini janganlah anggap matrik ni susah.Takut tak boleh survivelah.Lepastu jangan peduli yang orang cakap budak matrik ni tak berkualiti. Korang buatlah something yang boleh provekan yang dieorang ni salah. Nikmatilah hidup korang selama setahun atau dua tahun kat situ sebab life kat situ akan jadi moment yang paling best dalam hidup korang. Nanti bila kau masuk universiti baru kau akan mula appreciate kehidupan kat matrik.Yang penting jangan sia-siakan ilmu yang korang dapat.

Comments

  1. Hai..rasanya kita satu batch 😀

    ReplyDelete
  2. Bang saya dpt matriks😭

    ReplyDelete
  3. Lepas baja blog abg sy langsung xnk pegi matriks😭😭

    ReplyDelete
  4. tak kan tidak tahu antara mata pelajaran ekonomi, perniagaan dan perakaunan?
    cuba tanya senior atau pelajar universiti. mereka akan terangkan perbezaan itu semua.
    banyak bertanya tidak sesat jalan.
    selamat maju jaya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!