Buku menarik untuk dibaca


1. Zf Zamir -  Sekolah bukan penjara, universiti bukan kilang
     Buku ini telah mengubah persepsi aku terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Sebelum jumpa buku ini aku ada krisis dengan diri aku di mana aku tak puas hati dengan sistem pendidikan kita yang terlalu exam oriented sampai aku jadi stress. Buku ini memberi penjelasan yang agak baik tentang kelemahan sistem pendidikan kita.
2. Tamim Ansary - Sejarah dunia dari sudut pandang Islam
     Mungkin kau anggap genre buku seperti ini cliche. Bila aku baca buku ini aku rasa macam wow. Banyak benda yang aku tak tahu sebenarnya tentang sejarah Islam. Tentang sejarah hasyasyin(merepek je aku eja), pembunuhan Saidina Usman dan Saidina Ali dan pelbagai lagi. Bagi aku sejarah Islam yang diajar kat oleh ustaz atau ustazah macam ada kekurangan. Buku Buya Hamka tentang sejarah Islam juga boleh kau nak baca dan skopnya lebih luas kerana melibatkan kawasan di nusantara.
3. Syed Hussein al-Attas - Intelektual Masyarakat Bangun
     Bukan calang-calang orang yang menulis buku ni tau. Beliau ni merupakan seorang cendekiawan. Dalam buku ni, beliau mengkritik tentang golongan intelektual yang tak berfungsi, tentang bebalisme dan  kewujudan pandir dalam masyarakat kita.
4. Mohd Hasbie Muda- Mahasiswa Bangkit
     Buku ni merupakan himpunan pemulisan daripada mahasiswa Malaysia tentang sejarah politik, perjuangan dan demonstrasi mahsiswa di univesiti. Bagi aku buku ni sangat awesome sebab menceritakan tentang keberanian dan betapa radikalnya mahasiswa pada zaman sebelum auku ditubuhkan. Paling aku suka bahagian di mana mahasiswa UM cabut papan tanda yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai tanda protes kepada universiti. Mereka mahu UM menggunakan Bahasa Melayu. Selain itu juga ada diceritakan tentang pilihan raya kampus di Universiti- universiti di Malaysia.
5. Tun Dr. Mahathir- Doktor Umum
     Walaupun aku tak berapa minat dengan Tun M.  tapi itu bukan penghalang untuk aku tak baca buku ni. Satu benda yang aku sangat respect dengan Tun M. ni dia suka membaca. Bagi aku di bijak walaupun dia hanya seorang doktor tapi dia juga berkebolehan dalam mentadbir negara. Tun M. satu-satunya perdana menteri kita yang hanya merupakan golongan marhaen. Dalam biografi ini ada cerita tetang peristiwa memali, peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim, Serangan Waktu Subuh dan macam-macam lagi. Buku Dilema Melayu pun elok juga untuk dibaca. Dalam buku tu Mahathir mengritik Tunku Abdul Rahman yang dikatakan tidak membela melayu.

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!