Bebas

BEBAS

Aku ingin hidup dalam dunia yang bebas
Dunia tanpa darah
Dunia tanpa kejahatan
Namun keinginanku itu hanyalah sebuah utopia
Mimpi-mimpi ku ini hanyalah khayalan
Biarkan aku terus hanyut,
Terus bermimpi mengejar bintang
Kerana aku tidak mahu hidup dalam dunia penuh penipuan ini.



BUKU DAN MUZIK

Membaca buku membuatkan diriku rasa kerdil
Aku manusia yang bodoh
Aku manusia yang jahil
Kerana buku aku mengenal kebenaran
Kerana buku aku melawan
Kerana buku aku sedar
Kerana buku aku jadi kuat
Ilmu yang ku miliki mungkin tidak cukup sebesar zarah pun
Terima kasih buku

Muzik membuatku rasa bahagia
Membuatkan rasa diri ini  
seperti kehidupan dalam muzikal
Muzik membuatku dapat melarikan diri dari realiti
Terima kasih muzik



Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!