Rangka Manusia Awal di Asia Tenggara

PENGENALAN
            Asia tenggara kini terdiri daripada 10 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam, Filipina, Brunei dan Myammar. Sebelum munculnya negara-negara moden ini, kawasan ini juga telah melalui zaman Prasejarah. Prasejarah membawa maksud “sebelum sejarah”.[1]Pada zaman ini belum terciptanya tulisan dan ia merupakan suatu zaman yang tidak boleh dimasukkan dalam zaman tamadun. Zaman Sejarah pula adalah zaman di mana adanya tulisan untuk merekodkan sesuatu peristiwa yang telah berlaku.[2]
Penemuan peninggalan-peninggalan dan artifak yang ditemui adalah menggunakan kaedah cari gali oleh ahli arkeologi. Melalui penemuan peninggalan dan artifak, ahli arkeologi dan ahli antropologi dapat mengkaji bahan-bahan tersebut untuk menentukan umur masyarakat tersebut.[3]Bahan yang dijumpai dikaji untuk mengetahui kegunaanya. Untuk memudahkan ahli-ahli arkeologi  menyusun maklumat dan merekod, klafisikasi akan dibuat. 3 jenis data akan dibahagikan iaitu artifak, bukan artifak contohnya fosil dan kedudukan geografi.[4] Dengan kaedah-kaedah arkeologi ini dapatlah kita megetahui cara kehidupan masyarakat zaman Prasejarah.
Zaman Prasejarah terbukti telah wujud di rantau ini sejak berjuta-juta tahun dahulu apabila penemuan rangka manusia zaman Prasejarah oleh Eugene Dubois di Kepulauan Jawa. Dengan penemuan ini para pengkaji semakin ramai yang membuat kajian di sini tentang manusia awal di rantau ini. Von Koeningswald antara salah seorang pengkaji yang terlibat dalam penyelidikan fosil di kepulauan Jawa telah membahagikan zaman penemuan ini kepada tiga peringkat iaitu iaitu zaman pleistosen Atas (lapisan Ngandong) sekitar 1.6 juta hingga 70,000 tahun lalu, pleistosen tengah(lapisan Trinil) sekitar 70,000 hingga 125,000 tahun lalu dan pleistosen bawah (lapisan jetis) 125,000 hingga 10,000 tahun lalu.[5]
KAJIAN PENEMUAN AWAL FOSIL ATAU RANGKA DI ASIA TENGGARA
Penyelidikan Tahun 1889
            Teori manusia kera telah diperkenalkan oleh Charles Darwin seorang naturalist Inggeris yang popular dengan bukunya bertajuk The Origin of Species. Darwin menyatakan manusia telah berevolusi daripada manusia kera sehingga mencapai kepada tahap manusia pada masa kini. Bagi Darwin, semua jenis haiwan berasal dari amoeba, iaitu sejenis haiwan yang mempunyai satu sel.[6] Sama ada teori ini benar atau tidak ianya bergantung kepada individu itu sendiri untuk menerimanya atau sebaliknya.
Manusia paling tua dijumpai di Jawa berbentuk fosil atau rangka. Rangka yang dijumpai hanya sebahagian sahaja dan tidak lengkap. Fosil manusia pertama yang ditemui adalah Homo Wajakensis dan telah ditemui oleh Van Reicshotten pada tahun 1889 di daerah Wajak, Tulung agung, Jawa Timur. Kemudian Reicshotten telah mengirim sebuah tengkorak kepada Eugene Dubois untuk tujuan Eugene Dubois meneliti dan mengkajinya.
Analisis terhadap fosil ini telah memasukkan Homo Wajakensis dalam kumpulan Homo Sapiens dimana ia dikatakan mempunyai ciri moden dan fikiranya lebih maju berbanding dengan manusia sebelumnya. Manusia ini turut dikatakan boleh berjalan tegak. Dikatakan tengkoraknya besar dengan komposisi otak 1530cc dan tingginya  dianggarkan antara 130 – 210 cm. Beratnya boleh mencapai sehingga 150 kg. Homo Wajakensis memiliki banyak persamaan dengan suku asli di Australia yang merupakan sebahagian daripada ras austroloid. Manusia ini hidup sekitar 40 000-25 000 tahun yang dahulu.
Penyelidikan  tahun 1890
. Pulau Jawa merupakan bukti paling awal tentang penyebaran hominid spesies Pinthencropus Erectus. Hominid yang ditemui ini telah hidup sekitar sejuta hingga setengah juta tahun yang dahulu dan hidup di lapisan Pleistosen Tengah. Rangka ini telah ditemui pada tahun 1890 oleh Eugene Dubois di Trinil, Jawa.[7] Rangka tersebut dijumpai di sebuah desa di pinggir Bengawan Solo Jawa Timur. Tulang rahang telah ditemui di kawasan tersebut. Pada tahun berikutnya, ditemui pula tulang geraham dan bahagian atas tengkorak iaitu bahagian tempurung kepala sekitar 40 km daripada lokasi awal di mana tulang rahang ditemui. Pada tahun 1892, sebuah tulang geraham dan tulang paha kiri di temui. Tulang paha tersebut merupakan milik seorang wanita.[8] Rangka manusia yang telah ditemui itu  dinamakan sebagai Pinthencropus Erectus. Pinthencropus Erectus ini dikatakan sudah boleh berjalan tegak.
Antara ciri–ciri Pinthencropus Erectus ialah mempunyai tulang kening yang menonjol . Ketinggiannya pula diantara 165 cm – 170 cm serta mempunyai kapisiti otak sekitar 900 cc. Berat badanya antara 80-100 Kg. Menurut Wolpoff manusia ini memiliki gigi yang kasar dan besar. Tulang belakangnya berada di bahagian belakang kepala. Dikatakan  manusia ini mirip kepada manusia kera atau Ape-man. Pinthencropus Erectus ini tidak mempunyai kemampuan untuk pergi ke tempat yang lebih jauh seperti menyeberang antara pulau melalui laut kerana tingkat kecerdasan otaknya masih pada tahap yang tinggi. Penemuan Pinthencropus Erectus ini dianggap telah merubah sejarah antropologi kerana peneuan fosil ini luar daripada Eropah.
Penyelidikan pada tahun 1931-1934
            Pada sekitar tahun ini, Von Koeningswald dan Weindeirich telah membuat kajian di Kampung Ngangdung, Sungai Bengawan Solo. Mereka telah menjumpai rangka manusia yang dikenali sebagai Homo Soloensis. Homo Solensis juga dikenali sebagai manusia kera dari Solo. Manusia ini hidup semasa zaman Plestosen akhir. Mereka hidup secara berburu. Pada tahun 1931 telah ditemui 4 buah tengkorak milik perempuan yang berumur sekitar 35-40 tahun. Pada tahun berikutnya ditemukan lagi 4 buah tengkorak dan tulang kering. Menariknya tengkorak yang ditemui merupakan tengkorak manusia yang terpanjang .[9]
Rangka yang ditemui tidak mempunyai tulang rahang dan gigi. Ciri-ciri manusia ini melepasi tahap ciri-ciri oleh Pithencropus. Mempunyai kapisiti otak 1350 cc dimana lebih tinggi berbanding Pithencropus Erectus. Ketinggiannya sekitar 165 cm serta mempunyai kening yang tebal dan memnonjol. Mulutya turut menonjol ke hadapan. Homo Soloensis mempunyai muka dan hidung yang lebar. Hasil penyelidikan tersebut, Homo Soloensis dikatakan telah hidup sekitar antara 900 000 dan 300 000 tahun yang lalu. Kemungkinan besar manusia Solo ini telah berkembang daripada Pinthencropus Modjokertensis sejak permulaan lapisan pleistosen tengah.[10]

Penyelidikan pada tahun 1936-1941
            Penyelidikan pada sekitar tahun ini telah menemukan tiga jenis fosil manusia iaitu Pithecanthropus Modjokertensis, Pinthecropus Robustus dan Megathronpus Paleojavaniscus. Von Koeningswald telah menemukan fosil Pithencropus Modjokertensis yang bermaksud manusia kera di Modjokerto kerana yang ditemui di Perning (mojokerto) Jawa Timur pada tahun 1936-1941. Manusia ini telah mendiami kawasan ini sejak 1.91 juta tahun yang lalu.[11] Di kawasan tersebut telah ditemukan fosil kanak-kanak bahagian gigi. Susunan gigi pada fosil yang dijumpai tidak lengkap. . Fosil yang ditemui itu terdapat tiga buah gigi geraham yang masih lagi melekat dibahagian atas dan juga dibahagian bawah. Gigi-gigi tersebut memiliki ciri-ciri gigi geraham kedua sebagai gigi terbesar dan gigi depannya yang kecil.
 Kanak-kanak ini dikatakan berusia sekitar 6 tahun dan dianggap sebagai anak Pinthecropus. Antara ciri Pithencropus Mojokertensis ialah mempunyai komposisi otak sekitar 650 cc dan dikatakan juga ianya boleh mencapai 1000 cc apabila kanak-kanak tersebut menjadi dewasa.[12] Mempunyai tulang rahang yang besar, muka yang menonjol, kening tepal dan tulang pipi yang tebal. Melalui penyelidikan yang dilakukan oleh Von Koeningswald dan Duyfjes rangka yang ditemui berasal daripada lapisan Jetis.[13]
Seterusnya pula ditemukan Pinthecropus Robustus yang membawa maksud manusia kera yang besar dan kuat tubuhnya.Dijumpai oleh Von Koeningswald di Sangiran lembah Sungai Bengawan Solo. Tengkorak yang ditemui bersaiz besar dan lebar. Rahang bahagian bawahnya lebih besar daripada Pinthencropus Erectus. Gerahamnya menunjukkan ciri manusia tetapi bahagian lain memberatkan kepada ciri kiri, Pinthencropus Robustus mepunyai kapisiti otak 900 cc.
Pada tahun sekitar tahun ini juga di Sangiran, Surakarta telah dijumpai fosil oleh Von Koeningswald. Dijumpai sejenis tengkorak yang masihih mempunyai tulang rahang bawah, gigi yang masih kelihatan tegap dan tengkorak tersebut menunjukkan juga ianya mempunyai geraham yang besar-besar.[14] Tulang rahang atas dan rahang bawah jauh lebih kuat daripada Pinthencropus Erectus. Fosil ini dinamai Meganthropus Paleojavanicus yang mempunyai maksud “manusia raksasa Jawa” kerana  disebabkan  tubuhnya dikatakan besar dan  ianya ditemui  di Jawa.
 Penemuan manusia purba Meganthropus Paleojavanicus itu telah dianggarkan hidup antara 20 juta- 15 juta tahun yang lalu dan dikatakan sebagai fosil manusia tertua di Indonesia. Manusia ini mempunyai kening yang panjang dan tulang pipi menebal. Megathronpus Paleojavaniscus hidup sezaman dengan Pinthecropus Mojokertensis namun tingkat kehidupanya lebih primitif. Jenis makanan yang dimakan oleh manusia ini adalah tumbuhan-tumbuhan.
                          






PERKEMBANGAN MANUSIA AWAL DI KEPULAUAN JAWA SECARA KRONOLOGI MENGIKUT LAPISAN
Lapisan Pleistosen
Jenis Rangka yang Ditemui
Lokasi Penemuan

Tahun


Ngandong

Homo Wajakensis


Wajak

1889


Homo Soloensis


Ngandong/ Solo

1931-1934

Trinil

Pinthecropus Erectus


Trinil

1890

Jetis

Pinthecropus Robustus

Ngandong

1939


Pinthecropus mojokertensis


Perning/ Mojokerto

1936


Meganthropus Paleojavanicus


Sangiran

1941
Jadual 1. Perkembangan manusia awal di kepulauan Jawa
Homo florosiensis
Liang Bua merupakan sebuah gua yang terletak di daerah Flores, Indonesia. Di kawasan ini telah ditemui rangka Homo Florosiensis  oleh Peter Brown pada tahun 2003. Beliau menjumpai rangka milik wanita yang dianggarkan berusia 18,000 tahun dahulu.[15] Umur manusia tersebut dianggarkan antara 25-30 tahun, ketinggian hanya mencapai sehingga 106 cm dan mempunyai tulang kaki dan tangan yang kekar. Manusia yang ditemui ini digelar sebagai Hobbit. Manusia ini dikatakan telah mendiami Flores sejak 13 000-95 000 tahun dahulu.
Pada tahun 2004, di tapak yang sama telah ditemui lagi 30 rangka milik manusia Homo florosiensis.[16] Manusia kerdil ini mempunyai ketinggian sekitar tiga kaki dan berat 55 paun. Dapat dilihat perbezaan tinggi dan berat antara manusia biasa dengan manusia Homofloriensis menunjukkan manusia ini mempunyai ciri-ciri yang unik untuk dikaji. Selain itu juga, manusia ini mempunyai dahi yang landau,kening menonjol dan mempunyai geraham yang sama dengan Pinthencropus Erectus. Kapasiti otaknya dikatakan lebih rendah daripada Chimpanzee.
Antara faktor yang menyebabkan manusia di Flores ini berbadan kecil kerana mereka mempunyai penyakit Microcephaly. Penghidap penyakit Microcephaly mempunyai kondisi otak yang lebih kecil daripada manusia normal kerana otak mereka mengecut. Microcephaly disebabkan oleh faktor genetik meyebabkan badan manusia Flores lebih kecil berbanding manuasia normal.
Selain itu, faktor keadaan geografi Flores yang terasing menyebabkan manusia ini beradan kecil. Sumber makanan yang kurang mengakibatkan kekurangan sumber protein.[17] Sumber protein amat penting bagi petumbesaran badan manusia. Disebabkan, sumber protein yang terhad tumbuhsran manusia Homoflorosiensis terbantut. Gajah pada zaman tersebut dikatakan hanya sebesar saiz kerbau sahaja. Manusia Homoflorosiensis hidup secara berkelompok dan mengamalkan perburuan.
Antara tahun 1950-1960, Theoder Verhoeven seorang paderi dari Belanda telah menemui tanda-tanda kewujudan awal dan artifak batu berhampiran dengan fosil gajah yang sudah berusia 750 000 tahun di Liang Toge sekitar 30 KM dari Gua Liang Bua. Dia berhasil menemukan 7 rangka manusia serta artifak seperti serpih, tembikar dan tulang-tulang binatang. Ini membuktikan telah wujud manusia awal di kawasan tersebut.  Manusia yang ditemui ini digelar Protonegrito Florensisdi.
                         
                                        Penemuan rangka manusia awal di Semenanjung Malaysia
Perak Man merupakan rangka manusia paling tertua yang ditemui di Malaysia. Ia dinamakan Perak Man kerana rangka tersebut ditemui di sebuah gua yang terletak di Perak.[18] Rangka ini ditemui pada tahun 1991 hasil dari Pusat Penyelidikan USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraina Majid. Rangka ini ditemui di dalam Gua Gunung Runtuh, Lembah Lenggong, Perak. Rangka tersebut dikatakan sudah berusia 10 000 tahun yang hidup pada zaman batu Paleolitik. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi kedua kakinya berlipat ke arah dada dan tanggan kananya berada di bahagian bahu kanan.[19]  Kajian yang dibuat oleh Teuku Jacob terhadap rangka ini mengatakan ia milik seorang lelaki.
Perak Man meninggal pada usia antara 40-45 tahun akibat sakit tua dan dikesan mengalami penyakit genetik Brancimesophlangia. Cara jalannya membongkok akibat penyakit genetik yang dialaminya dan memiliki tangan kiri yang lemah serta mempunyai satu jari yang cacat. Cara penguburan Perak Man mengikut istiadat. Lubang digali sedalam 80-100 cm dan di sekitar lubang tersebut dilapik 3,700 cengkerang dan tulang-tulang haiwan.                                                                   
Di Gua Cha, Kelantan telah ditemui rangka manusia Hoanbihian. Di sini telah ditemui lebih 45 rangka manusia.[20] Kajian ekskavasi dijalankan oleh arkeologis British bernama Gale Sieveking pada tahun 1954. Dikatakan manusia awal di sini merupakan moyang kepada penduduk Orang Asli dan orang Malenesia Kuno. Sieveking telah menemukan 14 rangka manusia Hoanbinhian yang ditanam secara melunjur.[21] Gua tersebut telah didiami oleh masyarakat Hoanbinhian sejak 10,000 tahun dahulu.
Selain itu turut dijumpai rangka manusia di Gua Niah, Sarawak. Kajian dijalankan pada tahun 1958 yang diketuai oleh Tom Harrisson dan isterinya Barbara Harrison.[22] Mereka telah menjumpai sebuah tengkorak yang dianggarkan telah berusia 40 000 tahun dan merupakan tengkorak manusia moden paling awal di Asia Tenggara yang hidup pada zaman Paleolitik. Analisis yang dilakukan oleh Brothwell pada tahun 1960 menyatakan tengkorak tersebut milik orang yang masih muda dalan anggaran usia 15 tahun.[23] Penemuan rangka ini telah membuktikan  wujudnya manusia awal di Malaysia.





Kesimpulan
Daripada penemuan rangka-rangka tersebut dapat disimpulkan telah ada bukti kewujudan manusia awal di Asia Tenggara. Dengan penemuan rangka-rangka ini, sejarah dunia telah berubah dan meletakkan Asia Tenggara antara kawasan yang pernah didiami manusia awal prasejarah. Selain itu, dapat kita simpulkan Homo Sapiens merupakan kesinambungan daripada Pinthercropus Erektus dan  merupakan nenek moyang kepada manusia moden. Pada peringkat Plestosen akhir Pithencropus telah berevolusi menjadi Homo yang mempunyai kecergasan otak lebih tinggi. Hal ini dapat dibuktikan melalui ciri-ciri kebudayaan yang diamalkan oleh mereka daripada sudut kegiatan ekonomi, kepercayaan, tinggalan peralatan batu, corak penempatan, kesenian, ras ataupun bangsa dan juga dapat dikenal pasti melalui penemuan sisa-sisa hominid (rangka tulang dan tengkorak).
            Seterusnya, hasil daripada pengalaman dan panduan tinggalan masyarakat dahulu menjadikan masyarakat Homo Sapiens semakin maju dalam segenap sudut. Mereka belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan alam sekitar untuk terus hidup. Corak kehidupan yang semakin moden telah menyebabkan teknik-teknik pembuatan alat batu menjadi semakin maju dan halus. Cabaran yang mereka hadapi dalam kehidupan menjadi mereka lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Hal ini menjadikan manusia semakin pandai berfikir sampai dapat mencapai tahap manusia moden pada hari ini.



[1] Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur :  Utusan
  Publications & Distrubutor Sdn Bhd, 2008, hlm.1.
[2] Ibid.
[3] Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (Suatu Pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas),
   Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia, 1975, hlm. 29.
[4]Frank Hole dan Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm.187.
[5] Peter Bellwood, Prehistory of The Indo-Malaysian Archipelago, Australia : Academic Press Australia, 1985, hlm. 46- 53.
[6] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah : Perspektif  Barat dan Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2000, hlm. 36.
[7] Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notususanto, Sejarah Nasional Indonesia, Vol. 1, Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, 1993, hlm. 61.
[8]Ibid, hlm. 71.
[9]Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notususanto, Sejarah Nasional Indonesia, hlm. 75.
[10] Teuku Jacob, ‘New Finds of Lower and Middle Pleistocene Hominines From Indonesia and an Examination of Their Antiquity’, dlm. Fumiko Ikawa-smith,( ed.), Early Paleolithic in South and East Asia, , Chichago: Mouton Publishers, 1978, hlm. 15.
[11] Teuku Jacob, New Finds of Lower and Middle Pleistocene Hominines From Indonesia and an Examination of Their Antiquity , hlm. 13.
[12] Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notususanto, Sejarah Nasional Indonesia, hlm. 70.
[13]Ibid, hlm. 41.
[14] Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notususanto, Sejarah Nasional Indonesia, hlm. 67.
[15] Weerawardane, Prasanna. "Ebu Gogo-the Little People of Flores." SPAFA Journal (Old series 1991-2013) 14, no. 3 (2004): 45, URL: http://spafajournal.org/index.php/spafa1991journal/article/view/138
[16] Debbie Argue,. "The Homo Floresiensis Puzzle." Popular Anthropology Magazine 2, no. 3 (2011): 18, URL: http://popanthro.nfshost.com/index.php/PopAnthro/article/download/91/92.
[17] Weerawardane, Prasanna. "Ebu Gogo-the Little People of Flores”, hlm. 48.
[18] Zuraina Majid (editor), The Perak Man and Other Prehistoric Skeletons of Malaysia, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2005, hlm. 1.
[19] Zuraina Majid (editor), The Perak Man and Other Prehistoric Skeletons of Malaysia, hlm. 5.
[20] Adi Haji Taha et al., (editor), Tamadun Prasejarah di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia, 2011, hlm. 101.
[21] Ibid.
[22]  Zuraina Majid (editor), The Perak Man and Other Prehistoric Skeletons of Malaysia, hlm. 131.
[23] Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah Keudayaan Asia Tenggara, Selangor : Karisma Publications, 2006, hlm. 5.

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!