Berubah

Aku rasa entry aku yang sebelumni banyak berdasarkan emosi yang melampau dan tak munasabah. Asyik salahkan cikgu, salahkan sistem dan semua orang di sekililing aku jadi mangsa. Sebenarnya bila aku tengok balik penulisan blog aku yang lama-lama aku rasa  'cringe'  sebenarnya. Aku lihat diri aku yang dahulu penuh dengan kebencian dan kemarahan. Aku ingin dunia ini berubah mengikut idea aku yang sudah pastinya mustahil. Sekarang, aku dah tak mampu lagi nak marah dan berdendam sebab aku penat. Aku terlalu penat nak marah dan nak benci orang. Aku tahu mereka takkan berubah. Kononya mereka belajar daripada sejarah untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu, tetapi mengapa masih wujud manusia yag membenci kau kerana terdapat perbezaan ras dan etnik? Mengapa masih wujud manusia yang merasakan diriya seperti Tuhan hanya kerana mereka mempuyai wang yang banyak? Sedangkan bila kau fikirkan kembali kita semuanya sama sahaja. Manusia sendiri yang menciptakan kasta itu sendiri.

Dulu aku rajin baca berita-berita. Kalau pasal perang, bunuh aku sangat alert. Tapi sekarang aku hanya sekadar scroll sahaja sebab aku dah penat nak rasa marah dan benci. Aku putus asa dengan diri aku sendiri. Aku cuba nak ubah dunia ini jadi lebih baik tapi aku tak berani bersuara sebab aku introvert. Aku ada banyak sangat idea nak dikongsikan tapi disebabkan aku introvert aku tak mampu lakukan. Akhirnya, kesemua idea itu hanya terperap dalam otak aku. Aku kecewa dengan diri aku sehingga aku biarkan diri aku hidup sekadar untuk hidup. Aku cuba lawan ketakutan ini tapi aku tewas.

Aku dah tak ada nak marah atau salahkan  cikgu atau pensyarah. Sebab kini aku sedar kau tak boleh letakkan kesalahan pada orang 100% kerana ia saling berkait. Aku marah dan kecewa dengan pemimpin kita tetapi aku dah tak mampu lagi nak marah. Aku dah tak kuat seperti dulu lagi. Mereka terus memperbodohkan kita.  Menurut Voltaire, when it comes to money, all religion are same. Mereka takkan peduli lagi benda tu halal atau haram selagi dapat duit. Orang seperti ini hidup bertuhankan duit bukan Tuhan Yang Maha Esa. Hingga satu saat aku cuma mampu mengharapkan mereka ini akan menerima balasan masuk ke neraka kelak kerana menindas orang lain.

Tujuan aku tulisni bagi menggambarkan akan pada satu saat kau akan mengalami perasaan seperti aku. Mungkin disebabkan fakor usia semakin meningkat dan otak kau terlalu banyak berfikir sehingga kau jadi lelah. Aku suka baca buku dan kata orang baca buku akan meluaskan permikiran kau. Itu benar. Tetapi ada satu sisi gelap jika kau terlalu banyak membaca, kau akan banyak berfikir dan kadang-kadang bendatu memenatkan dan buat hati kau rasa sakit. Lagi-lagi kalau baca buku sejarah. Sangat menyakitkan hati itupun jika kau baca dengan sepenuh hati. Tak ke sakit hatikau bila dapat tahu ada Sultan yang lebih sanggup negerinya dijajah British daripada memerintah sendiri? Sakit bila baca kisah seperti  ini. Setiap kali aku baca tentang kejatuhan Islam aku rasa sedih dan kadang-kadang aku tak sedar pun air mata aku mengalir. Tetapi kita tidak boleh terus bernostalgia.  Percayalah, kalau kau baca genre buku sains takkan bagi kesan macamni. Tetapi aku akan terus membaca dan membaca kerana aku tidak mahu hidup dalam kegelapan.



Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!