Catatan Seorang Penulis yang Hipokrit

Saat aku menulis catatan ini, aku berada dalam keadaan emosi yang tak stabil. Aku tak tahu kenapa tetiba dia datang balik. Rasa sedih, perasaan benci datang membuak-buak. Membuat aku rasa jijik dengan manusia sendiri. Aku ada prinsip yang mana aku takkan percayakan sesiapa walau rapat mana sekalipun aku dengan mana-mana orang. Walaupun dengan kawan rapat sendiri. Kerana pada aku manusia baik mana sekalipun tetap akan menipu. Aku tak tahu kenapa tetiba aku nak menulis dan sebenarnya aku tak ada idea apa yang aku nak tulis.

Pernah tak kau rasa hidup ni tak bermakna? Pernah tak kau rasa manusia ni seakan-akan sengaja memperbesarkan sesuatu benda. Aku rasa aku seperti mayat hidup seperti robot yang tak tahu apa itu erti kehidupan. Hidup macam orang biasa tapi takde perasaan. Hanya lakukan sesuatu tanpa perasaan asalkan benda tu siap. Kadang-kadang aku rasa tak nak melakukan apa-apa sebab pada aku seakan-akan semuanya sama sahaja. Aku tak tahu bagaimana nak jelaskan. Tapi begitulah apa yang aku rasa. Biarlah aku sendiri yang faham.

Aku hipokrit. Di saat kawan-kawan aku sedih, bergaduh dengan kawannya dan dapat keputusan teruk aku lah yang akan memberikan kata semangat pada mereka. Realitinya, hati aku kosong. Aku tak gembira. Aku rasa sedih. Aku terlampau banyak berfikir. Dan paling menyesakkan sekali bila baca buku sejarah. Ia membuatkan hati aku sakit kerana manusia-manusia jahat ini. Kenapa manusia perlu memilih untuk jadi jahat sedangkan kalau kau pilih untuk menjadi baik sebenarnya boleh membuatkan kau lebih bahagia. Kau sembang nak hidup aman dan konon menjaga manusia tapi kau tidak rasa bersalah membiarkan tangan kau berdarah. Jadi bukan aku sorang sahaja hipokrit. Semua manusia hipokrit.

Dan sampai sekarang aku sedih sebab Chester bunuh diri. Pasti ada manusia-manusia yang akan berkata “ Dia kafir, tak perlu dikenangkan sangat”, “Bukannya kau pernah jumpa dengan dia, tak payah taksub sangat”. Aku sendiri tak sangka Linkin Park boleh bagi impak sebegini pada diri aku. Aku bukan peminat tipikal Linkin Park yang layan dieorang masa zaman 2000-an lepastu konon-konon memori zaman kecil-kecil dahulu. Aku mula layan Linkin Park tahun 2015. Tahun di mana aku mengalami fasa-fasa pemberontakan. Hari-hari aku layan Linkin Park dan sekurang-kurangnya ada satu lagu aku akan dengar dariada Linkin Park. Dekat sebulan lebih dah dia pergi aku masih rasa sedih. Mungkin ini yang menyebabkan aku tak betul sekarang ni? What the hell! Benda kecik je pun. Mengada-ngada je kau ni.

Aku tak tahu apa yang aku merepek sebab aku rasa lost sekarang ni. Aku rasa nak putus asa. Aku bergelut dengan diri aku sendiri. Nampak tak betapa hipokritnya aku. Aku antara manusia yang berselindung di sebalik topeng. Begitu juga dengan kalian. Tak perlulah kalian nak optimistik sangat. Moga aku dapat mencari apa yang aku mahu.





Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!