Catatan buat pejuang kiri

Dunia ini tidak pernah adil kerana wujudnya dua jenis manusia. Yang baik dan jahat hidup bersama. Yang jahat akan terus berkuasa kerana mereka mempunyai kuasa. Yang baik terus dipijak-pijak. Walaupun cuba bangkit melawan pasti yang jahat ini akan menang kerana mereka mempunyai kuasa.

Kemerdekaan bukan milik parti politik mahupun raja. Kemerdekaan milik rakyat dan milik kita bersama. Tetapi sang penguasa mencuri kemerdekaan bersama kita menjadi milik mereka. Sejarah ditulis mengikut citarasa mereka. Sedangkan perit jerih dilakukan rakyat sendiri. Mereka duduk di istana tanpa pernah mengenal erti kesusahan. Sang penjajah memberi mereka wang, arak dan dadah. Mereka tidak pernah merasa erti kesusahan. Mereka hanya memunculkan diri bila perlu dan nama mereka yang dicatatkan dalam sejarah. Sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa. Tapi mengapakah kita masih mengagungkan mereka?

Mereka yang memperjuangkan kebenaran ditangkap, dipenjara dan dihina. Mereka hanya mahu kita bebas daripada cengkaman sang penjajah. Mereka  tidak dihargai. Nama mereka cuba dipadam dalam sejarah.  Kerana mereka takut rakyat bangkit dan akan melawan mereka. Mereka yang menjilat sang penjajah diagungkan. Hidup bahagia dan senang, Rakyat terus ditipu dengan cerita ciptaan mereka.

Benarkah kita sudah merdeka jika kebenaran masih belum dijumpai? Belajarlah sejarah untuk mencari kebenaran.

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!