Perempuan Berkalung Sorban: Buku sebagai Alat Pembebasan


       Sekali lagi Indonesia mampu mencipta sebuah karya yang penuh dengan falsafah dan kritikan kepada masyarakat. Sebenarnya filemni dah lama tapi aku baru je tengok sebab astro oasis tayangkan cerita tu. Tema dalam filem ni buat aku tertarik untuk tengok sampai habis. Genre dia klise iaitu cinta islamik. Tapi cuba kau bandingkan dengan filem Malaysia dalam genre ni bagai langit dan bumi. Kalau dekat Malaysia jalan cerita dia mesti pasal mula-mula orang tu mesti bersosial lepastu jumpa orang alim terus berubah jadi baik. Geli wei tengok cerita macamtu. Pada aku, penerbit-penerbit saja nak kaut keuntungan. 
Apa yang aku dapat daripada filem ini ialah bagaimana buku boleh menjadi alat pembebasan. Pada waktu tu sekolah agama di Indonesia sangat konservatif dan menolak semuanya yang datang dari Barat dan hanya berpegang kepada Al-Quran dan Hadis. Mereka hanya diajarkan perihal akhirat sahaja dan perlu tunduk kepada lelaki. Anissa, watak utama dalam cerita ini merasakan ditindas. Kerana dia seorang yang cerdas dan berani, dia melawan norma-norma kehidupan di sekolah itu. Kau bayangkanlah, sekolah tu milik keluarga dia jadi dah tentulah satu keluarga dia jenis yang konservatif dan bagaimana Anissa boleh melawan arus. Jawapannya buku. Jikalau Anissa tidak membaca buku-buku yang dikatakan haram, sudah tentu dia masik kekal di takuk yang lama. Malahan terdapat tokoh-tokoh reformis Islam yang ingin menaikkan kembali martabat wanita dan golongan inilah sering diserang oleh kaum tua. 
Revolusi Perancis takkan berlaku jika orang Perancis tidak baca tulisan Voltaire, Revolusi Amerika tak akan berlaku jika mereka tak baca tulisan John Locke dan mungkin nasib kaum ploteriat akan terus ditindas jika mereka tidak baca karya Karl Max.Malahan Al-Quran, sebuah kitab yang sarat dengan pengajaran dan falsafah tentang pembebasan. Bagaimana anak yatim perlu dikasihi, tiada perbezaan antara semua merupakan isi penting dalam Al-Quran. Bagi aku punca masalah kepada kekerasan dalam agama bila kau hanya menghafal Al-Quran tapi tak pernah cuba untuk memahaminya. Malahan dalam Bible juga menganjurkan kasih sayang. Setelah Rom Barat berpecah belah, agama Kristian menjadi wadah penyatuan masyarakat Eropah ketika itu. Mereka tidak menyembah maharaja secara membabi buta lagi. Bagi aku, golongan yang suka haramkan buku adalah golongan yang pengecut. Takut akan kebenaran. Ia adalah sebuah jenayah.

Karena setiap lembarnya
Mengalir berjuta cahaya
Karena setiap aksara
Membuka jendela dunia

Kata demi kata mengantarkan fantasi
Habis sudah, habis sudah
Bait demi bait pemicu anestesi
Hangus sudah, hangus sudah

Karena setiap abunya
Membangkitkan dendam yang reda
Karena setiap dendamnya
Menumbuhkan hasutan baka

Kata demi kata mengantarkan fantasi
Habis sudah, habis sudah
Bait demi bait pemicu anestesi
Hangus sudah, hangus sudah

Kata demi kata mengantarkan fantasi
Habis sudah, habis sudah
Bait demi bait pemicu anestesi
Hangus sudah


Efek Rumah Kaca - Jangan Bakar Buku

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!