Sistem pendidikan makin teruk

          Adakah kau percaya pada kata kerajaan yang mengatakan sistem pendidikan kita adalah yang terbaik dunia?Aku mintak kau jangan percaya sama sekali sebab pendidikan kita sekarang sangat teruk.Terlalu teruk.Aku cakap begini bukan bermakna aku benci kerajaan.Tidak sama sekali.Aku cuma tak suka bukan benci.Apa yang aku lihat sistem pendidikan kita lebih pentingkan peperiksaan dan A.Apa yang aku lihat daripada situasi ni kita lebih pentingkan kuantiti daripada kualiti.Dan masalah besar dalam pendidikan kita adalah mentaliti masyarakat kita sendiri.Pendidikan negara kita tak seimbang.Benda yang aku rasa paling menyampah adalah sistem yang dicipta membelah bahagikan antara pelajar pandai dan tidak berapa pandai.Mungkin kau rasa sistem ni sepatutnya ada.Memang padanlah kalau budak pandai sahaja dapat masuk kelas yang pandai.Ini masalah kita.Aku tegaskan di sini,kita belajar untuk mencari ilmu bukan datang sekolah untuk compete dengan orang lain.Aku tak tahu kenapa kita perlu compete dengan orang lain dalam mencari ilmu.Manusia memang suka compete tapi yang buatkan aku rasa meluat ialah dalam mencari ilmu pun perluke kau nak compete dengan orang lain?Aku tak tahu macam mana nak jelaskan.Kau bayangkan kita terpaksa struggle untuk dapat A banyak semata-mata nak tunjuk yang kita ni pandai dan paling penting sekali nak dapat tempat dekat universiti.Aku tahu nak masuk universiti tu penting.Kau nak dapat kerja yang baik so kena masuk universiti kena ada ijazah dan sebab itu kau perlu dapat A yang banyak.Dari situ kau nampak tujuan kau belajar ilmu tu dah menyimpang.Yang paling bullshit sekali adalah sikap pilih kasih cikgu antara budak pandai dan budak yang kurang pandai.Ini perangai cikgu yang paling aku menyampah.Mereka anggap budak-budak yang kurang pandai ni malas belajar.Jadi,dieorang assume tak perlulah aku bekerja keras nak bantu dieorang bukannya dieorang dengar cakap aku pun.Bukannya dieorang akan sumbangkan A untuk sekolah. Tapi aku tahu tak semua cikgu macamtu.Masih ada guru yang ikhlas dalam mengajar.Aku memang sangat respect cikgu yang macam tu.Sebab nak menarik pelajar yang kurang pandai ni bukan senang.Realitinya ramai cikgu yang macamtu.Aku berani cakap macamtu sebab dekat sekolah aku ramai cikgu yang macamtu.Lagi mengejutkan aku cikgu kaunseling pun perangai macamtu.Dieorang ni bukan malas belajar sebenarnya.Kau kena motivate dieorang.Kau jangan paksa dieorang.Kau kena biarkan dieorang buat apa yang dieorang nak buat.Kau kena pandai attract dieorang.Bukannya merendah-rendahkan dieorang.Kau kena buat dieorang rasa seronok.Otak dieorang tak sama dengan budak kelas atas.Permikiran dieorang lebih bebas.Berhenti la anggap mereka ni golongan yang malas nak belajar.Mereka pun manusia juga.
Sistem pendidikan kita dah gagal.Falsafah pendidikan negara tak dapat dicapai sebab kita terlalu pentingkan akademik.Sebab tu ramai pelajar yang tak ada jiwa.Aku feel benda tu.Tak ada jiwa.Bosan.Lifeless.Sekolah sekarang bukan lagi tempat untuk mencari ilmu tetapi menjadi gelanggang perlawanan untuk mendapatkan A.Kuantiti lebih penting daripada kualiti.Politikus sibuk campur tangan dalam hal sekolah.Kalau betul-betul nak bantu tak apa ini cuma nak dapat pengaruh.PIBG macam dah tak ada fungsi.Guru yang sepatutnya hanya mengajar mendapat lagi satu pekerjaan iaitu kerani.Menteri-menteri tak habis-habis kata sistem pendidikan kita terbaik di dunia.Dia cakap macamtu dengan melihat keputusan A peperiksaan awam.Penipu.Kaki kencing rakyat.Kalau baik sangat kenapa kedudukan negara kita untuk PISA teruk sangat?Mahasiswa kini disekat kebebasan.Bila berbeza pendapat dipanggil penghasut.Dipanggil pengkhianat.Sedangan orang yang jadi tukang angguk tu lagi kejam.Membiarkan rakyat kita terus diperbodohkan.Itu lebih kejam.Golongan borjuis terus membodohkan rakyat.Mereka menyuruh kita menghantar anak kita di sekolah kerajaan,tetapi mereka hantar anak mereka belajar di luar negara.Yang aku pelik masih ada juga yang setia menjilat golongan-golongan ni.Bila mahsiswa mintak kebebasan engkau tuduh mereka malas belajar.Tak kenang budi.Spesies macam ni gampang punya orang.Bukannya bagi kesan buruk pun.Kalau kerajaan kita telus takde lah dieorang nak memberontak bongok!Bila mintak pendidkan percuma engkau tuduh dieorang tak pandai,lepastu tak nak bayar hutang.Engkau tak perasan ke sistem pendidikan kita dikapitaliskan?Engkau tak nampak PTPTN itu ada riba?Negara kita negara Islam tapi tak ada rupa negara Islam.Cuma satu yang aku tak berkenan dengan mahasiswa-mahasiswa ni dieorang cepat mengalah.Sistem kapitalis ni berjaya menundukkan mereka dari terus melawan.Bagi aku orang yang ignorance lagi teruk perangai daripada mahasiswa yang sibuk berdemo.
         Aku paling kesian dengan budak sekolah rendah.Umur baru setahun jagung sudah diberi tekanan untuk dapat A.Sepatutnya pelajaran untuk budak sekolah rendah ni harus menyeronokkan.Barulah input-input positif dapat diterapkan dalam diri dieorang.Murid-murid ni aku tengok macam robot.Aku cuma berharap akan ada orang yang ubah sistem pendidikan negara kita. Jangan sembang lebat sahaja.Action kena ada.Baru lah ada hasilnya.Tanya diri kau adakah kau ikhlas belajar?Adakah kau punya jiwa?
"Pendidkan harus bersifat menyeronokkan.Anak-anak harus merasa teruja ke sekolah,bukan kerana selalu mendapat banyak  A.Tetapi mereka ke sekolah kerana sifat ingin tahu,kerana percaya diri mereka akan sentiasa mempelajari sesuatu yang baharu tentang dunia,tentang perkara mereka tidak ketahui sebelum ini.Sekolah adalah institusi mulia untuk proses pertanyaan dan pencarian ilmu,bukan sebuah makmal hafalan ilmu-ilmusedia ada yang skripnya telah disediakan oleh guru semata-mata untuk lulus peperiksaan."- Cikgu Zul Fikri Zamir.

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!