Sekolah dan kasta

Apa yang kau rasa bila kau tak minat sesuatu dan kau terpaksa buat jugak dengan alasan bidang ni lah yang punya masa depan yang cerah.Bidang ni lah yang boleh bagi kau jadi kaya.Bidang ni lah yang boleh buat masyarakat akan sanjung kau.Sedangkan kau tak pernah peduli pun pasal benda tu semua.Aku rasa lost dan lifeless.Aku dah terlambat nak ubah dan aku akan pastikan aku takkan tersilap lagi.

Aku antara pelajar yang punya keputusan teruk dalam subjek sains tulen.Memang teruk.Orang sekililing aku semua kata kalau belajar mesti boleh.Cuba je lah.Aku sebenarnya ada masalah dengan cara pengajaran sains terhadap pelajar.Sains tu nak belajar bukan teori dengan menghafal.Tapi biarlah pelajar tu lihat sendiri keajaiban sains tu.Aku suka tengok eksperimen2 yang budak luar negara ni buat.Aparatus pun lengkap.Tengok seronok dieorang belajar.Tapi sebenarnya aku nak ambil kelas sastera.Aku tak dapat.Engkau tahu apa cikgu biologi aku cakap.Jangan samakan permikiran awak dengan budak perdagangan.Budak perdangangan berbeza dengan budak sains.Awak belajar untuk dapat A.Dieorang tak belajar untuk dapat A.Aku rasa menyampah dengan cikgu sains ni sebab suka rasa dielah punya subjek lah paling bagus dan dia gunakn alasan tu untuk wujudkan kasta.Tempat yang aku sekolah tu memang gila.Banyak ketidakadilan berlaku.Aku terfikir apa guna ada falsafah pendidkan.Dieorang tak pernah ikut kut.Dieorang ni cuma nak lahirkan pelajar yang dapat A lepastu dieorang boleh dapat duit dengan nama.Itu realiti sistem pendidikan zaman sekarang.Berlumba-lumba nak lawan dengan sekolah lain.Akhirnya budak yang tidak menyumbang A itu dipinggirkan.Di anak tirikan.Di tuduh malas belajar.Macam sekolah tu bukan lagi nak lahirkan pelajar yang bukan sahaja hebat dalam akademik malah punya sahsiah.Sekolah sekarang jadi tempat untuk menghasilkan pelajar yang mendapat A.Melahirkan pelajar yang suka bersaing.Aku tak tahu macam mana nak explain.Masyarkat kita memang dah gila.Semua gila duit.Gilakan pangkat.Gilakan sanjungan.Benda tu akan diteruskan dari generasi ke generasi sebab dah jadi macam entahlah.

Aku belajar bukan untuk duit.Bukan sebab nak dapatkan pekerjaan yang baik.Aku rasa kalau hidup kita ni asyik fikir duit memang boleh jadi gila.Setiap kali aku nak masuk lab aku rasa nak memberontak.Agak keterlaluan bukan.Itu yang aku rasa.Rasa nak pecah kepala otak.Ini life aku.Bukan kau.Kenapa manusia suka mempengaruhi orang lain untuk mengikut kehendak dia.Sistem pendidikan kita  teruk.Itu kenyataan.Kau pernah fikir kenapa zaman sekarang ramai budak ponteng sekolah?Kau mesti akan menuduh budak2 tu tak sayangkan mak bapak.Hanya menjadi perosak negara.Tolong ubah mentaliti kau.Tak semua macamtu.Orang bosan datang sekolah sebab benda2 bangang ni lah.Tempat tu dah tak menyeronokkan untuk cari ilmu.Kita tak ajar orang mereka mencintai ilmu.Lahirlah orang2 yang begitu.Aku lagi kesian tengok budak sekolah2 rendah.Kecik-kecik lagi dah kena paksa untuk dapat A.Mana sifat perikemanusiaan kau wahai2 ibubapa dan guru2.Sepatutnya mereka diajar untuk mencintai ilmu.Mereka rasa seronok untuk belajar.

Dekat sekolah kita belajar subjek Pendidikan Islam,Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik.Persoalannya kenapa semakin membiak golongan kurang waras di Malaysia.Kenapa masalah sosial tak pernah menurun.Malah semakin meningkat dari tahun ke tahun.Engkau sendiri tahun jawapannya.Pendidikan Islam yang diajar hanya untuk menjawab semasa periksa.Pendidikan Sivik dianggap tidak penting jadi tidak apa kalau tidak diajar.Ada juga cikgu yang mengambil kesempatan untuk mengambik mata pelajaran Sivik untuk ajar subjek yang lebih penting untuk peperiksaan.Aku mempunyai pandangan yang serong terhadap guru2 yang ajar subjek Islam ni untuk dapat A.

Aku datang sekolah nak belajar wahai guru.Bukannya berlumba-lumba untuk dapat A.Murid salahkan guru,guru salahkan ibu bapa dan murid.Semua orang mencari kesalahan orang lain tanpa melihat kesalahan sendiri.Kita sendiri yang ikut flow sistem ni.Jadi itu salah kita semua.Tolonglah,kalau kau minat sesuatu bidang tapi kau terpaksa ambil bidang lain kau fight lah sampai kau dapat apa yang kau  nak.Lawan sistem yang ada ni.Lawan dan terus lawan.Bagi dioerang sedar.Kalau kau sendiri tak lawan sampai bila2 kau akan terperangkap dalam sistem ni.

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!