Masyarakat kita dan pendidikan

Aku sangat fade up dengan masyarakat kita.Kenapa kau anggap orang yang dapat banya A je boleh berjaya.Aku benci dengan masyarakat kita sebab dieorang suka gunakan agama untuk kepentingan sendiri.Aku benci dengan masyarakat kita yang sua mewujudkan kasta sedangkan dalam Islam tak ada pun sistem tersebut.Lepastu kau sembang lebat kau ni memang Islamik gila.Menyampah.
Aku paling benci dengan mentaliti masyarakat kita yang anggap kalau kau nak ada pendidikan kena ada duit.Tak boleh bagi percuma.

Tahun depan aku akan ada life baru.Aku akan tunggu tawaran universiti atau mana-mana tempat.Tapi aku dah buat keputusan aku nak ambil Tingkatan 6.Keputusan aku untu SPM mungkin tak melayakkan aku dapat Matrik ataupun Asasi.Tapi memang aku tak nak masu pun sebab tak ada bidang yang aku nak.Ambil diploma?Lagi aku tak nak.Bukan sebab masa belajar tu lama.Aku tak nak berhutang.Aku tak sanggup nak berhutang.Aku bukan lahir daripada keluarga yang kaya.Aku sangat fadeup dengan kehidupan kat Malaysia.Kau bayangkan anak muda sekarangni banyak sangat yang berhutang.Masyarakat kita penuh hutang keliling pinggang.Aku kesian.Nak belajar pun kena berhutang.Banyak wei.Sudahlah kena bayar riba sekali.Mentaliti masyarakat kita sangat fucked up.Bila kau tentang pasal PTPTN kau terus tuduh yang budak ni kat universiti tak belajar betul-betul.Bakal perosak negara.Aku nak tanya kau yang berjaya tu apa dia sumbang kat negara?Setakat jadi barua pemerintah buat apa!Tak guna ilmu yang ada untuk bantu rakyat.Pergi tunduk kat sistem kapitalis yang bangsat tu.Aku tengok yang takada genius sangat dieorang lah yang banyak buat sesuatu untuk masyarakat kita.Dieorang lagi mengambil tahu isu semasa berbanding dengan orang yang bijak pandai ni.Situasi ni membuatkan aku persismitik tterhadap golongan yang masyarakat kita sangat banggakan ni.Golongan yang bijak pandai ni ignorance.Mana dieorang di saat rakyat dipijak-pijak oleh pemimpin?Mana mereka????!!!

Doktor sepatutnya bukanlah hanya duduk di hospital.Seorang saintis bukanlah hanya duduk di dalam makmal.Buat lah sesuatu untuk mengubah masyarakat ke arah yang lebih baik.Aku tengok budak yang ambil kelas sains tulen ni macam robot.Pemikiran semua sama.Dalam otak kau cuma nak dapat A,nak kerja yang banyak duit dan kau anggap orang yang tak ambil sains ni bodoh.Kebanyakan budak dari kelas sains ni tak ada passion pun belajar subjek tu.Kita terperangkap dalam satu sistem di mana kau kena sumbang A untuk sekolah kau.Jadi orang-orang ini terpaksa ambil kelas sains, bila keputusan tak bagus terus kau dipinggirkan.Situasi ni berlaku deat aku.Sakit hati.Sangat sakit hati.Benda ni semua yang mebuat aku rasa golongan-golongan dari aliran sains ni jahat.Mereka sangat suka mengkastakan orang.Mereka sangat suka merendah-rendahkan orang yang tidak sebijak mereka.Mereka sangat suka mendabik dada.Sains salah satu ilmu yang baik.Dan kita memang sangat perlukannya.Tapi masyarakat kita anggap sains tu je yang boleh bagi duit.Sepatutnya sains digunakan untuk memajukan negara.Falsafah sains yang dicipta oleh masyarakat kita sangat fucked up.

Dan aku sangat benci dengan golongan yang menganggap belajar untuk dapat duit.Pendidikan negara kita dah jadi mangsa kapitalis.Ilmu itu sesuatu yang mulia.Tapi telah dikotorkan oleh permikiran masyarakat kita.Aku rasa macam ada sesuatu yang buat aku rasa entahlah.Benda tu macam tak nak keluar dan aku rasa satu hari nanti akan explode jugak.Sistem pendidikan kita macam zaman gelap eropah dahulu di mana gereja mengongong masyaraat.Dan aku rasa sistem pendidikan kita memang membunuh rakyat.Aku setuju bila kerajaan nak laksanakan sistem PBS.Tapi sayang masyarakat kita tak nak perubahan.Dan sayang sekali kerajaan tak laksanakan sistem tu dengan baik.





Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!