"Belajar habis dulu"

"Belajar habiskan dulu.Nanti lepas dapat ijazah ada kerja nak berpolitik sampai mati pun boleh"
Kenyataan daripada makcik2 dan pakcik2 yang sangat annoying.Biarlah budak tu nak berpolitik.Budak-budak ni tak kisah pun pasal duit.Mereka ni perjuangkan hak rakyat bukan macam engkau tu sembang lebat lepastu suka mengkastakan orang.Bongok punya sistem pendidikan.Tak guna la wei ada sijil tinggi2 tapi ignorance.aku tengok orang yang tak graduate ni lagi baik dan ada perkemanusiaan.Bukan macam korang dah pandai dapat kerja baik pastu nak berlagak.Haprak betul spesies yang macam ni.Benci betul aku dengan orang yg konon digelar intelektual dalam pada masa yang sama menzalimi rakyat.Guna kan kepandaian kau untuk buli rakyat.Banyak dah spesis macam ni membiak kat Malaysia sebab mentaliti masyarakat kita.Hidup nak duit,duit,duit!Semuanya nak duit.Tak ada duit kau di pandang hina.Islam ke cara kita?!

Mahasiswa tuntut kebebasan apa salahnya.Rasanya kalau sistem pendidikan kita bagus tak ada student2 ni sibuk nak buat demo.Ini perangai orang atasan macam bangang mana student tak marah.Lepas tu mula la nak protect diri cakap student patut belajar dan hormat orang lebih tua.Pengecut!Bebal nak mampus.Yang jadi penjilat pun sama2 bangang.Kau tahu anak muda zaman searang ni macam terperangkap dengan sistem yg si tua ni cipta.Dah lah cipta undang2 untuk kepentingan sendiri.Sayang mahasiswa yang perjuangkan hak rakyat ni tak dihargai.Malah dicaci dan dihina.Yang pandai dan menzalimi rakyat itulah disanjung oleh masyarakat.Pada mata engkau hanya orang yang ada ijazah sahaja yang  mulia.Gila punya sistem yang dicipta oleh masyarakat kita.Lepastu engkau paksa anak kau ambik bidang yang dia tak suka semata-mata kau nak dipandang mulia.BOOOOO mak bapak yang macamni.Kalau macamni la permikiran kita semua sampai bila Malaysia takkan maju.\

Menteri pun perangai macam sakai.Suka kencing rakyat.Kononnya sistem pendidikan kita yang terbaik di dunia tapi hantar anak sendiri dekat sekolah swasta dengan luar negara.Macam ni kau kata kau pembela rakyat???!!!!Penipuuuuuuu!!!Dah lah suka main2 tukar sistem.Siapa yang jadi mangsa.Pelajar.bukan menteri2 ni.Dekat sekolah rendah belajar bahasa lain dekat universiti ajar bahasa lain.Kebangangan apakah ini??!Tolong lah selaraskan bahasa pa yang kau nak guna.Kalau dekat universiti guna english at sekolah menengah ajarlah dalam ENGLISH.Tengok presiden Russia cool je cakap bahasa russia dalam mana2 sidang media.Dalam event yang ada Obama pun relaks je cakap bahasa Russia.Yang engkau tu acah2 pejuang melayu tapi cakap english jugak.Poyo nak mampus.Tolong martabatan kembali Bahasa Melayu.Tolonglah.Kalau dah pemimpinya bebal nak mampus rakyat pun ikut sekali.Dalam kita tak sedar masyarakat kita dah wujudkan banyak kelas untuk membahagikan masyarakat.Yang pandai cakap English dikira cool dan pandai.
Tapi golongan saterawan dipinggirkan.Kau boleh buat puisi yang puitis mana sekali pun yang bombastik gila tak ada orang hargai kau.Tapi bila kau buat puisi dalam english confirm kawan2 kau akan puji melambung-lambung tingginya tahap langit petala kelapan.

Persetankan apa si makcik2 dan pakcik2 tu cakap.Hidup kau tak ada kaitan dengan dieorang.Biarkan mereka terus fikir pasal duit dengan sanjungan masyarakat.Golongan macamnila yang kuat makan rasuah.Yang membantu menaikkan korupsi.Hahaha.Terus jadi low profile dan perjuangkan rakyat!Kita yang akan ubah Malaysia sebuah syurga yang seronok didiami oleh manusia yang mengimpiakan kedamaian.Tiada lagi sistem kelas sosial yang menyesakkan.Tiada lagi penindasan.

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!