Kejam.

Lagi seminggu nak SPM.Tapi aku still sibuk bukak laptop.Ada aku kisah.Aku hidup bukan nak jadi zombi untuk dapatkan straight A.Ini hidup aku.Aku akan teruskan juga.Aku takkan tunduk pada sistem yang kejam ni.Aku bukan lagi macam dulu.Mendengar sahaja kata-kata kau.Menjadi pak turut.Aku bukan tin kosong lagi.Permikiran aku dah tak macam dulu.Kau fikir dengan mengugut aku aku akan mengalah.Tidak sama sekali.Kau tamak tahu tak.Tamak.Walaupun aku tak dapat merasa zaman kegemilangan Islam,aku dapat rasa betapa bertuahnya intelektual zaman dulu mencari ilmu.Mereka bebas belajar apa sahaja.Lihat Ibnu Sina.Beliau bukan sahaja belajar Sains tetapi belajar ilmu Falsafah juga.Tetapi kenapa kini masyarakat kita cuba memisahkan kedua-dua aliran tersebut dan cuba mencipta satu sistem kasta yang sangat kejam.Yang telah menjadi racun dalam diri aku dan pelajar-pelajar lain.Perlahan-perlahan membunuh sistem pendidikan negara kita.
Kau janganlah menghukum mereka yang ponteng sekolah itu malas dan bodoh.Itu satu tuduhan yang tidak berasas.Kenapa pelajar itu ponteng.Kalau dia malas sebab apakah dia malas.Kerana kau memaksa pelajar itu tunduk dalam sistem kejam ini.Mereka cuma rasa terseksa.Mereka tidak mampu.Engkau yang meminggirkan mereka.Kenapa kau kejam sangat?

Aku sangat benci bila pandang wajah kau.Sudahlah suka sikap berpilih kasih.Kau ini salah satu orang yang cuba memproses kami untuk mendengar segalah arahan kau.Kenapa kau menghalang seseorang itu menambah ilmu dengan alasan kau takut budak tu tak dapat A.Kau takut dia tak mampu jaga subjek lain.Ye memnag dia tak mampu.Sebab dia tak pernah mintak pun untuk memilih jalan itu.Kenapa engkau sibuk memilih jalan yang sepatutnya kami pilih.Itu hak kami.Itu kehidupan kami.Kenapa kau kejam sangat?

Aku marah.Aku rasa lost.Selama ini aku belajar untuk apa?Adakah untuk mendapat pekerjaan yang baik lalu mempunyai wang yang banyak?Tapi aku tak pernah pun memilih untuk dijadikan begitu.Hidup aku bukan berpaksikan materialisme.Aku dahagakan ilmu.Alangkah indahnya kalau aku dapat hidup pada zaman kegemilangan Andalus.Pasti seronok.Tidak ada tekanan untuk mendapat A.Tidak dipaksa untuk menjadi robot untuk membantu menaikan nama sekolah.Aku dapat belajar ilmu dengan bebasnya.Kenapa kau sekat kebebasan kami semata-mata untuk menaikkan nama engakau.Kenapa kau kejam sangat?

Masa berlalu.Kau fikir aku seperti pelajar lain yang sekarang ini sedang menelaah buku kerana SPM semakin hampir.Itu bukan aku.Sekolah yang kejam.Guru yang kejam.Sistem yang kejam.Masyarakat yang kejam.aku tidak akan tunduk dengan sistem yang kejam ini.


Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!