Siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan?

               Selalunya, kalau cerita tentang perjuangan kemerdekaan mesti banyak berkisar tentang perjuangan UMNO dan golongan-golongan bangsawan. Seolah-olah rakyat biasa tidak mempunyai peranan. Aku tak faham kenapa sejarah yang kita belajar sebegini rupanya. Secara tidak sengaja sejarah yang kita pelajari cuba menjaga muka golongan tersebut. Bukanlah hendak aku bandingkan siapa yang paling banyak berjuang namun keadaan sebegitu rupa amat jelik pada pandangan aku. Kamu tidak adil dalam menulis sejarah. Walaubagaimanapun, aku sangat bersyukur kerana ada segelintir dalam kalangan masyarakat kita yang cuba mengangkat balik pejuang-pejuang yang sering dilupakan ini. Sebenarnya, kalau kau lebih banyak membaca dan mengkaji kau mungkin akan jumpa perpekstif yang berbeza. Aku tidak bersetuju golongan-golongan bangsawan ini yang memainkan peranan penting dalam kemerdekaan negara kita. Pada pendapat aku, mereka ini hanya muncul apabila perlu dengan hanya menunjukkan muka sahaja.
                Kenyataan ini sangat konstroversial sebenarnya. Namun, mengapakah aku berpendapat sehingga begitu sekali? Sebelum kau kata aku ini menderhaka dan perlu dikenakan akta hasutan sila baca penjelasan aku. Dan harus aku tekankan di sini yang aku ini anti monarki dan menanggap semua manusia adalah daripada taraf sosial yang sama. Pertama, golongan-golongan ini sebenarnya dari awal tidak mempunyai langsung kesedaran tentang kemerdekaan. Tidak peduli langsung pun dengan nasib orang Melayu. Mereka lebih rela duduk bersama British. Suka, berfoya sana-sini. Kebergantungan mereka terhadap British sangat tinggi. Aku rasa ramai sarjana yang pernah bincangkan hal ni. Semasa aku di sekolah menengah aku ada baca satu buku tentang kesultanan Kedah masa zaman British dekat perpustakaan sekolah.  Tapi aku tak ingat apa tajuk buku tu. Dalam buku tu ada cerita, kerabat diraja suka hisap candu dan minum arak. Malahan, Sultan Ibrahim, sultan Johor pada ketika itu sangatlah pro-British. Dia sendiri pernah cakap lebih baik Tanah Melayu ini tidak merdeka kerana Tanah Melayu hanya maju disebabkan pentadbiran British. Sebab tu lah pernah ada kes rakyat Johor nak gulingkan dia. Kau fikir dieorang peduli ke dengan nasib rakyat? Tak wei sebab hidup dieorang senang. Dieorang tak pernah merasa hidup susah.Sultan-sultan ni dah kena desak dengan rakyat barulah sibuk nak buat bantahan Malayan Union. Lepastu dia pulak yang dapat nama
                Sebagai mahasiswa Sejarah, aku rasa bertanggungjawab untuk memberi pencerahan tentang isu ini. Sebenarnya, perjuangan dalam menuntut kemerdekaan sejak awal lagi dah wujud dan yang memainkan peranan paling utama ialah rakyat biasa. Namun, kisah tentang mereka seolah dipinggirkan. Melalui subjek Islam dan Masyarakat Malaysia yang aku belajar, aku dapat tahu bahawa golongan agama antara golongan paling awal yang memainkan peranan penting, Golongan Islah yang telah menyedarkan masyarakat Melayu yang sebenarnya mereka dijajah. Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Muhammad Taha antara tokoh paling awal bagi kesedaran dan menggunakan mata pena untuk sampaikan idea mereka. Aku rasa yang ni memang umum mengetahuinya, namun bagi aku perjuangan mereka masih lagi tidak diangkat seperti sepatutnya diangkat. Antara tokoh lain seperti Tokku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbong, Maulana Abdullah Noh, Sheikh Abdullah Fahim dan banyak lagi. Antara kisah tokoh yang paling menarik ialah Maulana Abdullah Noh dan Sheikh Abdullah Fahim. Maulana Abdullah Noh pernah menjadi askar Jepun untuk memberi dakwah kepada tentera Jepun. Tunku Abdul Rahman dan orang Umno pulak sering mendapatkan nasihat daripada Sheikh Abdul Fahim dan beliau sebenarnya yang memberi cadangan 31 Ogos sebagai Tarikh kemerdekaan. Menurut pensyarah aku, sebenarnya banya rekod-rekod tentang perjuangan dalam kolongan agama namun cuba disembunyikan oleh British. Hal yang sama juga berlaku terhadap golongan kiri. Cara British untuk menghentikan penyebaran nasionalisme hanya dengan memenjarakan mereka dan ternyata cara ni memang berjaya. Kesannya, kau boleh lihat sampai sekarang.
                Salah satu perkara yang menarik ialah tentang seorang cikgu di UPSI. Aku tak ingat dah nama dia namun cerita ini disampaikan pensayarah aku. Pada mulanya, British memang tak nak ajar subjek sejarah atau dikenali sebagai tawarikh pada ketika itu kerana takut akan berlaku kebangkitan. Kadang-kadang aku terfikir bagaimana negara-negara begini yang kononnya ingin mentamadunkan manusia lain namun dia sebenarnya kontrandik dengan apa yang dia cuba lakukan. Cikgu ni telah mendesak agar subjek sejarah diwujudkan dan dia berjaya. Tetapi dia telah meninggal dunia lepastu. Ada yang mengatakan sebenarnya dia telah diracun oleh British kerana mahu menghalang permikiran beliau memberi kesedaran kepada murid-murid lain.
                Selain itu, antara polemik yang popular ialah peranan yang dimainkan oleh golongan kiri seperti Ibrahim Ya’acob, Ishak Haji Muhammad, Dr Burhanuddin Helmy dan ramai lagi. Mereka ini sering digambarkan sebagai radikal dan keras. Pandangan ini perlu diperbetulkan. Bagaimana orang yang menentang British tanpa kompromi ini digelar sebagai pemberontak?  Sedang mereka inginkan tanah air bebas daripada penjajah. Kalau korang nak tahu, Ishak Haji Muhammad ni dulu ada jawatan dalam kerajaan yang akan dipandang tinggi pada ketika itu namun dia letak jawatan sebab nak berjuang untuk tanah air. Dieorang ni masuk keluar penjara berkali-kali semata-mata untuk berjuang namun digelar pengkhianat. Perjuangan UMNO yang kononnya diplomatik itu diagung-agungkan sehingga mengammbarkan seolah-olah perjuangan kiri ini jahat. UMNO ni dia dapat hidup sebab dia ikut sahaja apa yang British nak. Hari Hartal, Perlembagaan Rakyat yang dibentuk oleh PUTERA-ACMJA sepatutnya diberi penekanan dalam sejarah Malaysia bagi membuktikan rakyat turut sama berjuang menuntut kemerdekaan. Banyak hasil usaha dan sumbangan yang dilakukan golongan-golongan ini yang perlu kita hargai.



                Sejarah tidak sepatutnya menjadi hak eklusif bagi golongan tertentu. Sejarah dari bawah juga terbukti telah memainkan peranan penting dalam membentuk dunia seperti idea yang dibawa oleh golongann Annales. Kepada sesiapa yang membaca tulisan ini, aku berharap korang akan terus belajar untuk mencari kebenaran. Aku berharap melalui tulisan ni sedikit sebanyak memberi kesedaran. Aku tidak lah cuba menafikan sekeras-kerasnya perjuangan UMNO dan golongan bangsawan ini, namun seharusnya perjuangan rakyat biasa tidak dipinggirkan hanya sebab ingin menjaga status quo golongan tersebut. Perjuangan kaum-kaum lain seperti India dan Cina juga perlu diperbanyakkan lagi kerana mereka juga rakyat Malaysia. Turut sama-sama membangunkan Malaysia, Kita tidak suka dilupakan, maka lakukan lah sesuatu untuk diingati. Sejarah yang ditulis oleh orang menang boleh dikalahkan jika orang-orang kecil seperti kita terus berusaha menceritakan kebenaran. Bebaskanlah jiwa hambamu!
               

                

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!