Politikus vs Rakyat vs Agamawan

Hidup di dunia amat memenatkan.Bosan.Setiap hari ada sahaja nyawa manusia yang melayang.Nyawan hilang kerana ditimpa bencana.Hilang akibat golongan penguasa yang zalim.Hilang kerana peperangan yang tiada manfaat itu.Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan.Aku penat.Sedih.Nyawa manusia kini begitu murah.Sedangkan Tuhan suruh manusia untuk hargai nyawa.Tetapi kenapa mudahnya si zalim itu mengambil nyawa orang.Berlagak seperti Tuhan.Menghalalkan darah sesama saudara untuk dibunuh.Adakah mereka tidak takut dengan Tuhan?Golongan ini di hadapan rakyat mengatakan merekalah hero.Merekalah pejuang agama.Tetapi merekalah yang telah membunuh manusia.Bukankah Tuhan menyuruh manusia itu menghargai nyawa?Sampai bila kau nak hidup macam ni?Sampai bila?

Aku betul-betul menyampah dengan pentaksub-pentaksub politik.Jadi penjilat pemimpin.Mereka jilat selagi boleh.Apa kau dapat?Tak dapat apa-apa.Tak payah lah nak bergaduh pemimpin aku lagi berjiwa rakyat,pemimpin aku lagi bagus bla bla bla.Dia orang ni semua samaje.Lagi kau jilat lagi dieorang suka.Lepastu dieorang akan anggap negara ni dia yang punya.Kita ni kalau nak jadi pejuang rakyat,nak hapuskan korupsi tak perlulah nak berdiri belakang ahli politik.Sebab ahli politik perangai dia memang bebal.Rakyat kita senang digula-gula oleh golongan ni.Kau cubala jadi pejuang rakyat dengan identiti kau sendiri.Tak perlu Anwar atau Rafizi untuk kau meneruskan misi kau.Kita tidak perlukan mereka semua ni.Kerana terbukti perangai mereka 2x5 sahaja dengan ahli BN yang memang sedia ada bangang.Kau perlu berani bersuara tapi biarlah hujah itu ada fakta.Bukan maki.Bukan mengafirkan orang.Kau sendiri kenal siapa golongan yang suka mengkafirkan orang tu.Nak tegakkan Islam tetapi tidak mahu terima kritikan.Bila berbeza pandangan dikafirkan.Politik kat Malaysia ni sangat memualkan.Lagi memualkan bila pentaksub-pentaksub ni wujud.Aku tak tahu bila rakyat Malaysia ni nak sedar yang ahli politik tidak kira dari parti mana sekalipun dah banyak kali kencing dieorang.Bila entah dieorang ni nak sedar.

Rakyat Malaysia senang diusik dengan isu yang tidak bermanfaat.Sedangkan ada banyak lagi isu yang perlu di ambil berat.Masyarakat kita marah dengan kerajaan tetapi mereka taknak berubah.Mereka cuma tahu jadi pahlawan kekunci.Hanya tahu memekak di laman sosial tapi tiada tindakan.Sebab tu kita ni senang dipijak oleh mereka.Dan mereka mengharap pakatan akan membantu mereka menjatuhkan rejim yang zalim itu tetapi terbukti pakatan tiada  bezanya dengan rejim BN.Agamawan menjual agama.Meraih populariti dengan menakutkan mereka jika tidak memilih mereka maka nerakalah tempat untuk mereka.Lahirlah manusia yang mula kecewa dengan golongan agama seperti zaman reformation yang berlaku di Eropah dahulu.Dan apabila golongan yang kecewa ini cuba menegur mereka terus dicop ahli neraka.Kritik dengan hinaan pun mereka tidak dapat bezakan.Lihatlah rakyat kita  telah berjaya diperbodohkan oleh golongan-golongan yang kononnya "berilmu tinggi ni".Bukan aku nak hina ulama.Aku kalau bab agama seperti hukum dan fekah memang aku akan rujuk ulama tapi yang jadi masalah sekarang ni golongan agamawan dekat Malaysia ni pilih kasih.Kalau salah rakyat marhaen nampak je tapi bila golongan bangsawan,menteri2 terus jadi bisu.Hipokrit! Ramai pulak yang suka jadi kaki ampu.Tak ada maruah sungguh.Membenarkan sahaja tindakan penzalim itu meratah rakyat.

     

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!