Dosakah?

Apakah dosa si gelandangan?
Apakah dosa si miskin?
Apakah dosa rakyat marhaen?
Rintihan demi rintihan,
Tiada siapa mendengarnya?
Dianggap kotor oleh golongan itu.

Dosakah kita jika tidak mengejar kemewahan?
Dosakah aku?
Kau cuma tahu menuduh,
Kau cuma tahu menunding jari,
Seperti engkau sahaja yang benar,
Seperti engkaulah hero rakyat,
Seperti engkaulah yang paling bijak.

Si tua memaksa anaknya seperti robot,
Jika dilawan dikatakan derhaka,
Dosakah untuk punya haluan lain?
Dosakah jika ingin punya impian sendiri?

Mengkastakan kami semua,
Kami lah golongan paling jijik,
Kelas bawahan yang dianggap kuli,
Dibuli sesuka hati,
Aku bukan bodoh lagi.

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!