Benci

Aku benci dengan hidup aku sekarang.Aku tak tahu kenapa dalam diri aku ada perasaan benci yang membuak-buak.Aku benci dengan segala yang aku buat.Aku rasa lifeless.Aku rasa nak memberontak.Ke ni memang normal semua remaja feel macam ni?Esok sekolah dah buka.Shiitt.Dahlah ada chemistry.Stress gila sekolah dekat situ.Sejak aku naik form 4 ni aku start dah tak suka kat sekolah tu dan naik form 5 lagi lah makin parah kebencian aku kat sekolah ni.Dulu masa Pengetua lama ok je.Tak banyak pressure.Kau still boleh libatkan diri dengan apa-apa aktiviti.Dan satu yang aku suka,bila ada kelas tambahan budak tingkatan lain pun balik lambat.So,takdela masalah transport.Tapi sejak pengetua tu pindah sekolah ni kucar-kacir.Aku rasa macam malas gila nak pergi sekolah lepastu nak menghadap muka cikgu SAINS yang memang super annoying.Penat wei menghadap perangai dieorang ni.Mentang-mentang pengetua baru ni cabang sains tulen so korang pun boleh buat suka hati macam subjek korang je yang pentingkan.Memang gila wei cikgu Sains kat sekolah tu.Even cikgu English aku pun cakap yang dieorang ni selfish.Dia pun tak tahan dengan perangai cikgu sains.Bila cikgu sains ni ambik masa orang boleh,tapi bila orang lain ambik masa dia memang kena kaw2 punyalah.Masa PSK kelas aku dia ambik ajar Chemist.Tapi tak habis-habis juga mengajar.Yang buatkan cikgu ni lambat habis sebab dia kalau tanya budak mesti nak budak tu bagi sampai dapat jawapan pastu marah-marah bila tak dapat jawab.Memang lah lambat nak habis.Sekolah lain banyak dah habis belajar.Grr aku memang stress sangat belajar dengan dia ni.Asyik kena push just sebab nak kekalkan peratus sekolah.Aku tak tahan.Aku tak tahu macam mana nak describe.Kau bayangkan kau kena buat sesuatu yang memang kau sangat tak minat pastu kena paksa then bila masa exam markah cukup-cukup makan kau kena marah.Sorry to say,cara kau ajar buatkan aku takde hati nak belajar subjek kau.Aku dah try untuk buang perasaan tak suka dekat subjek kau tapi sebab cara kau mengajar dan sikap selfish kau buat aku penat dan sakit hati.Kau bayangkan dia boleh sesuka hati ubah jadual pastu bagi kita orang balik lambat.Yang buat aku bengang gila yang balik lambat hanya kelas aku dengan Sains 2.Macam bangang la.Transport takde wei!Aku naik bas!!!!Bukannya MAK BAPAK YANG DATANG AMBIK!!!Kalau kau buat kelas lain balik lambat takpela juga,takpun buat semua form 5 balik lambat takdela aku nak bengang dengan kau.Bolehlah pakcik bas tu ambik sebab ramai orang.Haritu mintak nama siapa yang ada masalah transport,first2 bagi balik macam biasa tapi dia batalkan.Geram gila gua.Dia tambah satu masa dekat jadual kita orang.Kau tahu dia tambah subjek ape,subjek sains dgan matematik.Suweii la...Aku bosan betul!Matematik aku boleh terima sebab cikgu dia ok.Aku tak tahan ah sekolah situ.Lagi satu cikgu,cikgu Bio.Cikgu Fizik aku takde problem sangat.Memang takde problem pun.Yang cikgu BIO ni punyalah mengatuk bila dia ajar.Macam bagi ubat tidur tahu.Tapi nanti dia cakap kat orang dia dah 20 tahun mengajar BIO.Nonsense.Aku tahu lah kau ni memang dah berpengalaman.Kau punya Bio pun memang power.Tapi cara kau mengajar tu ada problem.Even tempat bekas sekolah kau mengajar pun tak suka dengan cara kau mengajar.Dah lah suka gosip dengan cikgu chemistry tu.Pastu buat macam subjek korang berdua paling penting.Semua benda kau nak.Pastu nak merendahkan orang yang ambik bidang lain.Aku memang tak boleh ikut cara korang.Sorry,korang buat aku lagi tak suka Sains.Dan buat aku paling fade up bila ajar sains ni belajar teori je.Seriously,aku belajar, jawab periksa pastu lupa apa yang aku dah belajar.Ni yang aku benci bila aku belajar tapi tak ada hasil.

Lagi satu yang buat aku menyampah dengan PKHEM sekolah tu.Sekarang kau abandon aku huh.Fine,aku tak kisah.Teruskan dengan sikap pilih kasih kau tu.Teruskan impian kau nak kalahkan sekolah jirantu.Aku tak nak ada kaitan dengan impian kau tu.Seriously,aku tak boleh belah macam mana ada seorang cikgu ada permikiran mcam ni.Sistem pendidikan kita memang bermasalah!

Now,aku faham kenapa budak zaman sekarang ponteng.Mungkin some of them memang ponteng sebab malas tapi cuba fikir kenapa dieorang tak nak datang sekolah.Budak kelas aku pun sekarang ramai yang selalu tak datang sekolah,sebab kalau datang bikin stress saja.Sekolah tempat melahirkan orang yang stress.Bila dieorang ni kena paksa buat sesuatu yang dieorang tak minat dieorang jadi lifeless dan dari situ lah datang nya penyakit nak ponteng tu.Masalah kat sekolah bila boleh pilih aliran yang dia nak nanti cikgu tak bagi tukar.Kalau kau pandai attract budak tu minat dengan subjek tu takpela ni macam hareemm.Kau selalu anggap budak yang ponteng ni malas nak belajar pastu tak fikir pasal mak bapak.Sila tengok bagaimana keadaan sekolah.Pastu konon buat kaunseling nak selesaikan masalah pastu pergi jaja cerita budak tu kat orang lain sampai satu sekolah tahu,Bullshit je semua ni.

Aku nak cepat-cepat pergi dari sekolah tu!!!!!!!!!!!!!!!

Comments

  1. sama lah ngn aq . paling benci sub kimia sbb cikgu asik pakse suruh lulus . cikgu lain x de mcm die .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!