Keyboard Warrior

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ok straight to the point aku tak nak pendahuluan yang panjang-panjang.aku tak tahu nak buat ayat.Aku nak cerita pasal `Keyboard Warrior'.Korang mesti pernah dengarkan.Yang rajin baca komen kat laman sosial mesti tahu kan.Apa yang aku nak cerita pasal Keyboard Warrior ni adalah tentang dieorang yang suka menganggap diri dia sahaja yang betul.Kadang-kadang golongan macam ni suka keluarkan fakta sendiri.Entah fakta itu benar ke tidak dan tidak diketahui kesahihannya mereka main taip aja.Konon nak jadi wiralah kan.Tapi aku tahu tak semua macam tu.Ada yang betul memberi teguran dan nasihat tanpa menyebelahi mana-mana pihak.Tapi adalah sesetengah orang ni komen dia bapak memang mantap.Macam ada ilmu tinggi.Sekali tengok hanya di laman sosial macamtu,realitinya sangat berlainan.Ramai sangat orang macamtu.Korang lupake kita kalau nak berdakwah kena betulkan diri sendiri dulu.Ingat beramal dengan ilmu yang kita ada.Bukan menyampaikan pada orang lain tapi kita sendiri tak buat.Aku rasa macam nak panggang je orang macam ni.Cakap tak serupa bikin.Siapa yang tak sakit hati wei.
Lagi satu benda yang aku paling menyampah sangat-sangat mesti nak kaitkan dengan hal politik.Pasal banjir pun depa ni nak kaitkan politik.Katanya harga barang naik,hujan dah turun.Excuse me tak ada kaitan wei.Apa kaitan hujan turun dengan barang naik wei.Hujan tu turun kerana kuasa Allah tau.Aku tengok rakyat Malaysia ni tak penat berpolitik.Setiap saat,setiam minit,setiap jam dan setiap hari politik,politik politik!Pastu gaduh kata parti ni betul,parti tu salah.Pastu nak hina-hina orang tu kalau tak sama dengan dieorang.Diberi gelaran macai lah,tolol lah.Eeii..suka hati dia je.Ingat dah pandai sangat lah tu.Kalau berterusan macamni bila kita ni nak bersatu?!Masing-masing fikir dia yang betul.Kata kalau sokong parti ni masuk neraka,kalau sokong parti masuk syurga.Wei,buku mana yang ajar macam tu.Syurga dan neraka tu bukan yang kau tentukan tau.Allah yang tentukan.Jangan sesekali kau lupakan Allah.Manusia tak berhak nak tentukan ok!Bukan dengan menyokong parti ni kita masuk syurga,yang menentukan kita masuk syurga atau neraka ialah amalan kita ketika di dunia.Cukup tak solat tu,bayar zakat ke tak,taat ke tak pada ibu bapa dan berapa banyak kebaikan yang kita buat di dunia ini.Kita perlukan pemimpin yang benar-benar layak bukan memilih dia sebab dia daripada sesebuah parti.Jangan salahkan pemimpin sahaja kalau negara ni hancur sbab kita sendiri yang membawa negara kita di ambang kehancuran.Tahu tak,musuh-musuh Islam seronok tengok kita saling bertengkar.Tak ada perpaduan.
Daripada korang bertengkar,better fikir cara macam mana nak kembalikan kegemilangan Islam.Kembalikan perpaduan di kalangan kita.Sampai bila kita nak berterusan macam ni?Jangan mintak orang lain yang ubahkan negara kita.Kita yang perlu berubah dahulu.Kita ni yang sepatutnya betanggungjawab menjaga negara ini.Jadi bila nak komen bagilah ayat yang sedap dibaca.Tak mahulah ada hina-hina orang.Sejuk hati orang yang membaca tu.Tak ada lah bertikam lidah sesama sendiri.Kalau ada kata-kata yang menyinggung perasaan maaf ye.Ini cuma pandangan aku je.Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

KMNS: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Konflik Politik Johor pertengahan abad ke-18

Fakta: Melayu memang malas, bodoh dan poyo!