Siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan?
Selalunya, kalau cerita tentang
perjuangan kemerdekaan mesti banyak berkisar tentang perjuangan UMNO dan
golongan-golongan bangsawan. Seolah-olah rakyat biasa tidak mempunyai peranan. Aku
tak faham kenapa sejarah yang kita belajar sebegini rupanya. Secara tidak
sengaja sejarah yang kita pelajari cuba menjaga muka golongan tersebut.
Bukanlah hendak aku bandingkan siapa yang paling banyak berjuang namun keadaan sebegitu
rupa amat jelik pada pandangan aku. Kamu tidak adil dalam menulis sejarah.
Walaubagaimanapun, aku sangat bersyukur kerana ada segelintir dalam kalangan
masyarakat kita yang cuba mengangkat balik pejuang-pejuang yang sering
dilupakan ini. Sebenarnya, kalau kau lebih banyak membaca dan mengkaji kau mungkin
akan jumpa perpekstif yang berbeza. Aku tidak bersetuju golongan-golongan
bangsawan ini yang memainkan peranan penting dalam kemerdekaan negara kita. Pada
pendapat aku, mereka ini hanya muncul apabila perlu dengan hanya menunjukkan
muka sahaja.
Kenyataan
ini sangat konstroversial sebenarnya. Namun, mengapakah aku berpendapat sehingga
begitu sekali? Sebelum kau kata aku ini menderhaka dan perlu dikenakan akta
hasutan sila baca penjelasan aku. Dan harus aku tekankan di sini yang aku ini
anti monarki dan menanggap semua manusia adalah daripada taraf sosial yang
sama. Pertama, golongan-golongan ini sebenarnya dari awal tidak mempunyai
langsung kesedaran tentang kemerdekaan. Tidak peduli langsung pun dengan nasib
orang Melayu. Mereka lebih rela duduk bersama British. Suka, berfoya sana-sini.
Kebergantungan mereka terhadap British sangat tinggi. Aku rasa ramai sarjana
yang pernah bincangkan hal ni. Semasa aku di sekolah menengah aku ada baca satu
buku tentang kesultanan Kedah masa zaman British dekat perpustakaan sekolah. Tapi aku tak ingat apa tajuk buku tu. Dalam
buku tu ada cerita, kerabat diraja suka hisap candu dan minum arak. Malahan,
Sultan Ibrahim, sultan Johor pada ketika itu sangatlah pro-British. Dia sendiri
pernah cakap lebih baik Tanah Melayu ini tidak merdeka kerana Tanah Melayu hanya
maju disebabkan pentadbiran British. Sebab tu lah pernah ada kes rakyat Johor
nak gulingkan dia. Kau fikir dieorang peduli ke dengan nasib rakyat? Tak wei sebab
hidup dieorang senang. Dieorang tak pernah merasa hidup susah.Sultan-sultan ni
dah kena desak dengan rakyat barulah sibuk nak buat bantahan Malayan Union. Lepastu
dia pulak yang dapat nama
Sebagai
mahasiswa Sejarah, aku rasa bertanggungjawab untuk memberi pencerahan tentang
isu ini. Sebenarnya, perjuangan dalam menuntut kemerdekaan sejak awal lagi dah wujud
dan yang memainkan peranan paling utama ialah rakyat biasa. Namun, kisah
tentang mereka seolah dipinggirkan. Melalui subjek Islam dan Masyarakat Malaysia
yang aku belajar, aku dapat tahu bahawa golongan agama antara golongan paling
awal yang memainkan peranan penting, Golongan Islah yang telah menyedarkan
masyarakat Melayu yang sebenarnya mereka dijajah. Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed
Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Muhammad Taha antara tokoh paling awal bagi
kesedaran dan menggunakan mata pena untuk sampaikan idea mereka. Aku rasa yang
ni memang umum mengetahuinya, namun bagi aku perjuangan mereka masih lagi tidak
diangkat seperti sepatutnya diangkat. Antara tokoh lain seperti Tokku Paloh, Haji
Abdul Rahman Limbong, Maulana Abdullah Noh, Sheikh Abdullah Fahim dan banyak
lagi. Antara kisah tokoh yang paling menarik ialah Maulana Abdullah Noh dan
Sheikh Abdullah Fahim. Maulana Abdullah Noh pernah menjadi askar Jepun untuk
memberi dakwah kepada tentera Jepun. Tunku Abdul Rahman dan orang Umno pulak sering
mendapatkan nasihat daripada Sheikh Abdul Fahim dan beliau sebenarnya yang
memberi cadangan 31 Ogos sebagai Tarikh kemerdekaan. Menurut pensyarah aku,
sebenarnya banya rekod-rekod tentang perjuangan dalam kolongan agama namun cuba
disembunyikan oleh British. Hal yang sama juga berlaku terhadap golongan kiri.
Cara British untuk menghentikan penyebaran nasionalisme hanya dengan memenjarakan
mereka dan ternyata cara ni memang berjaya. Kesannya, kau boleh lihat sampai
sekarang.
Salah
satu perkara yang menarik ialah tentang seorang cikgu di UPSI. Aku tak ingat
dah nama dia namun cerita ini disampaikan pensayarah aku. Pada mulanya, British
memang tak nak ajar subjek sejarah atau dikenali sebagai tawarikh pada ketika
itu kerana takut akan berlaku kebangkitan. Kadang-kadang aku terfikir bagaimana
negara-negara begini yang kononnya ingin mentamadunkan manusia lain namun dia sebenarnya
kontrandik dengan apa yang dia cuba lakukan. Cikgu ni telah mendesak agar
subjek sejarah diwujudkan dan dia berjaya. Tetapi dia telah meninggal dunia
lepastu. Ada yang mengatakan sebenarnya dia telah diracun oleh British kerana mahu
menghalang permikiran beliau memberi kesedaran kepada murid-murid lain.
Selain
itu, antara polemik yang popular ialah peranan yang dimainkan oleh golongan
kiri seperti Ibrahim Ya’acob, Ishak Haji Muhammad, Dr Burhanuddin Helmy dan
ramai lagi. Mereka ini sering digambarkan sebagai radikal dan keras. Pandangan
ini perlu diperbetulkan. Bagaimana orang yang menentang British tanpa kompromi
ini digelar sebagai pemberontak? Sedang
mereka inginkan tanah air bebas daripada penjajah. Kalau korang nak tahu, Ishak
Haji Muhammad ni dulu ada jawatan dalam kerajaan yang akan dipandang tinggi
pada ketika itu namun dia letak jawatan sebab nak berjuang untuk tanah air.
Dieorang ni masuk keluar penjara berkali-kali semata-mata untuk berjuang namun
digelar pengkhianat. Perjuangan UMNO yang kononnya diplomatik itu diagung-agungkan
sehingga mengammbarkan seolah-olah perjuangan kiri ini jahat. UMNO ni dia dapat
hidup sebab dia ikut sahaja apa yang British nak. Hari Hartal, Perlembagaan
Rakyat yang dibentuk oleh PUTERA-ACMJA sepatutnya diberi penekanan dalam
sejarah Malaysia bagi membuktikan rakyat turut sama berjuang menuntut
kemerdekaan. Banyak hasil usaha dan sumbangan yang dilakukan golongan-golongan ini
yang perlu kita hargai.
Sejarah
tidak sepatutnya menjadi hak eklusif bagi golongan tertentu. Sejarah dari bawah
juga terbukti telah memainkan peranan penting dalam membentuk dunia seperti
idea yang dibawa oleh golongann Annales. Kepada sesiapa yang membaca tulisan
ini, aku berharap korang akan terus belajar untuk mencari kebenaran. Aku
berharap melalui tulisan ni sedikit sebanyak memberi kesedaran. Aku tidak lah
cuba menafikan sekeras-kerasnya perjuangan UMNO dan golongan bangsawan ini,
namun seharusnya perjuangan rakyat biasa tidak dipinggirkan hanya sebab ingin
menjaga status quo golongan tersebut. Perjuangan kaum-kaum lain seperti India
dan Cina juga perlu diperbanyakkan lagi kerana mereka juga rakyat Malaysia.
Turut sama-sama membangunkan Malaysia, Kita tidak suka dilupakan, maka lakukan
lah sesuatu untuk diingati. Sejarah yang ditulis oleh orang menang boleh dikalahkan
jika orang-orang kecil seperti kita terus berusaha menceritakan kebenaran. Bebaskanlah
jiwa hambamu!
Comments
Post a Comment