Manusia
Tidak penatkah kamu berbunuhan?
Tidak penatkah kamu saling
menyakiti?
Berulang-ulang kali disakiti?
Tidak penatkah?
Kita semua mempunyai mimpi,
Mempunyai impian,
Ingin hidup aman dan damai,
Tapi mengapakah kita masih
memillih jalan
untuk menyakiti dan disakiti?
Manusia,
Melakukan kebaikan adalah satu dosa
bagimu,
Melakukan kejahatan adalah satu
kemenangan bagimu,
Di dunia ini kemenangan milik
penindas,
Yang ditindas terus dilayan
bagaikan sampah,
Bukankah Tuhan mencipta kita
semua sama sahaja?
Tiada batasan yang menghalang,
Menghubungkan kita semua,
Jadi siapa yang mencipta
penghalang itu?
Jawapannya manusia sendiri,
Biarlah kita terus menganiaya dan
dianiaya,
Kerana itulah yang manusia suka.
Sebuah puisi yang tiada nilai estetika. Hanya ingin melahirkan rasa hati yang kecewa terhadap manusia yang tidak pernah berhenti membunuh orang. Bagiku haiwan itu lebih mulia daripada manusia. Kamu punya akal, boleh berfikir. Punya hati dan perasaan. Tetapi tegar mencemari tanganmu dengan perbuatan keji.
Comments
Post a Comment