Rangka Manusia Awal di Asia Tenggara
PENGENALAN
Asia
tenggara kini terdiri daripada 10 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia,
Singapura, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam, Filipina, Brunei dan Myammar.
Sebelum munculnya negara-negara moden ini, kawasan ini juga telah melalui zaman
Prasejarah. Prasejarah membawa maksud “sebelum sejarah”.[1]Pada
zaman ini belum terciptanya tulisan dan ia merupakan suatu zaman yang tidak
boleh dimasukkan dalam zaman tamadun. Zaman Sejarah pula adalah zaman di mana
adanya tulisan untuk merekodkan sesuatu peristiwa yang telah berlaku.[2]
Penemuan
peninggalan-peninggalan dan artifak yang ditemui adalah menggunakan kaedah cari
gali oleh ahli arkeologi. Melalui penemuan peninggalan dan artifak, ahli
arkeologi dan ahli antropologi dapat mengkaji bahan-bahan tersebut untuk
menentukan umur masyarakat tersebut.[3]Bahan
yang dijumpai dikaji untuk mengetahui kegunaanya. Untuk memudahkan ahli-ahli
arkeologi menyusun maklumat dan merekod,
klafisikasi akan dibuat. 3 jenis data akan dibahagikan iaitu artifak, bukan
artifak contohnya fosil dan kedudukan geografi.[4]
Dengan kaedah-kaedah arkeologi ini dapatlah kita megetahui cara kehidupan
masyarakat zaman Prasejarah.
Zaman
Prasejarah terbukti telah wujud di rantau ini sejak berjuta-juta tahun dahulu
apabila penemuan rangka manusia zaman Prasejarah oleh Eugene Dubois di
Kepulauan Jawa. Dengan penemuan ini para pengkaji semakin ramai yang membuat
kajian di sini tentang manusia awal di rantau ini. Von Koeningswald antara
salah seorang pengkaji yang terlibat dalam penyelidikan fosil di kepulauan Jawa
telah membahagikan zaman penemuan ini kepada tiga peringkat iaitu iaitu zaman
pleistosen Atas (lapisan Ngandong) sekitar 1.6 juta hingga 70,000 tahun lalu,
pleistosen tengah(lapisan Trinil) sekitar 70,000 hingga 125,000 tahun lalu dan
pleistosen bawah (lapisan jetis) 125,000 hingga 10,000 tahun lalu.[5]
KAJIAN PENEMUAN AWAL FOSIL ATAU
RANGKA DI ASIA TENGGARA
Penyelidikan Tahun 1889
Teori manusia kera telah
diperkenalkan oleh Charles Darwin seorang naturalist Inggeris yang popular
dengan bukunya bertajuk The Origin of Species. Darwin menyatakan manusia telah
berevolusi daripada manusia kera sehingga mencapai kepada tahap manusia pada
masa kini. Bagi Darwin, semua jenis haiwan berasal dari amoeba, iaitu sejenis
haiwan yang mempunyai satu sel.[6]
Sama ada teori ini benar atau tidak ianya bergantung kepada individu itu
sendiri untuk menerimanya atau sebaliknya.
Manusia
paling tua dijumpai di Jawa berbentuk fosil atau rangka. Rangka yang dijumpai
hanya sebahagian sahaja dan tidak lengkap. Fosil manusia pertama yang ditemui
adalah Homo Wajakensis dan telah
ditemui oleh Van Reicshotten pada tahun 1889 di daerah Wajak, Tulung agung,
Jawa Timur. Kemudian Reicshotten telah mengirim sebuah tengkorak kepada Eugene
Dubois untuk tujuan Eugene Dubois meneliti dan mengkajinya.
Analisis
terhadap fosil ini telah memasukkan Homo
Wajakensis dalam kumpulan Homo Sapiens
dimana ia dikatakan mempunyai ciri moden dan fikiranya lebih maju berbanding
dengan manusia sebelumnya. Manusia ini turut dikatakan boleh berjalan tegak. Dikatakan
tengkoraknya besar dengan komposisi otak 1530cc dan tingginya dianggarkan antara 130 – 210 cm. Beratnya
boleh mencapai sehingga 150 kg. Homo
Wajakensis memiliki banyak persamaan dengan suku asli di Australia yang
merupakan sebahagian daripada ras austroloid. Manusia ini hidup sekitar 40 000-25
000 tahun yang dahulu.
Penyelidikan tahun 1890
.
Pulau
Jawa merupakan bukti paling awal tentang penyebaran hominid spesies Pinthencropus Erectus. Hominid yang
ditemui ini telah hidup sekitar sejuta hingga setengah juta tahun yang dahulu
dan hidup di lapisan Pleistosen Tengah. Rangka ini telah ditemui pada tahun
1890 oleh Eugene Dubois di Trinil, Jawa.[7]
Rangka tersebut dijumpai di sebuah desa di pinggir Bengawan Solo Jawa Timur.
Tulang rahang telah ditemui di kawasan tersebut. Pada tahun berikutnya, ditemui
pula tulang geraham dan bahagian atas tengkorak iaitu bahagian tempurung kepala
sekitar 40 km daripada lokasi awal di mana tulang rahang ditemui. Pada tahun
1892, sebuah tulang geraham dan tulang paha kiri di temui. Tulang paha tersebut
merupakan milik seorang wanita.[8]
Rangka manusia yang telah ditemui itu dinamakan sebagai Pinthencropus Erectus. Pinthencropus Erectus ini dikatakan sudah
boleh berjalan tegak.
Antara
ciri–ciri Pinthencropus Erectus ialah
mempunyai tulang kening yang menonjol . Ketinggiannya pula diantara 165 cm –
170 cm serta mempunyai kapisiti otak sekitar 900 cc. Berat badanya antara
80-100 Kg. Menurut Wolpoff manusia ini memiliki gigi yang kasar dan besar.
Tulang belakangnya berada di bahagian belakang kepala. Dikatakan manusia ini mirip kepada manusia kera atau
Ape-man. Pinthencropus Erectus ini
tidak mempunyai kemampuan untuk pergi ke tempat yang lebih jauh seperti
menyeberang antara pulau melalui laut kerana tingkat kecerdasan otaknya masih
pada tahap yang tinggi. Penemuan Pinthencropus
Erectus ini dianggap telah merubah sejarah antropologi kerana peneuan fosil
ini luar daripada Eropah.
Penyelidikan pada tahun 1931-1934
Pada
sekitar tahun ini, Von Koeningswald dan Weindeirich telah membuat kajian di
Kampung Ngangdung, Sungai Bengawan Solo. Mereka telah menjumpai rangka manusia
yang dikenali sebagai Homo Soloensis.
Homo Solensis juga dikenali sebagai
manusia kera dari Solo. Manusia ini hidup semasa zaman Plestosen akhir. Mereka
hidup secara berburu. Pada tahun 1931 telah ditemui 4 buah tengkorak milik
perempuan yang berumur sekitar 35-40 tahun. Pada tahun berikutnya ditemukan
lagi 4 buah tengkorak dan tulang kering. Menariknya tengkorak yang ditemui
merupakan tengkorak manusia yang terpanjang .[9]
Rangka
yang ditemui tidak mempunyai tulang rahang dan gigi. Ciri-ciri manusia ini
melepasi tahap ciri-ciri oleh Pithencropus. Mempunyai kapisiti otak 1350 cc
dimana lebih tinggi berbanding Pithencropus
Erectus. Ketinggiannya sekitar 165 cm serta mempunyai kening yang tebal dan
memnonjol. Mulutya turut menonjol ke hadapan. Homo Soloensis mempunyai muka dan hidung yang lebar. Hasil
penyelidikan tersebut, Homo Soloensis
dikatakan telah hidup sekitar antara 900 000 dan 300 000 tahun yang lalu. Kemungkinan
besar manusia Solo ini telah berkembang daripada Pinthencropus Modjokertensis sejak permulaan lapisan pleistosen
tengah.[10]
Penyelidikan
pada tahun 1936-1941
Penyelidikan pada sekitar tahun ini
telah menemukan tiga jenis fosil manusia iaitu Pithecanthropus Modjokertensis, Pinthecropus
Robustus dan Megathronpus Paleojavaniscus.
Von Koeningswald telah menemukan fosil Pithencropus
Modjokertensis yang bermaksud manusia kera di Modjokerto kerana yang
ditemui di Perning (mojokerto) Jawa Timur pada tahun 1936-1941. Manusia ini
telah mendiami kawasan ini sejak 1.91 juta tahun yang lalu.[11]
Di kawasan tersebut telah ditemukan fosil kanak-kanak bahagian gigi. Susunan
gigi pada fosil yang dijumpai tidak lengkap. . Fosil yang
ditemui itu terdapat tiga buah gigi geraham yang masih lagi melekat dibahagian
atas dan juga dibahagian bawah. Gigi-gigi tersebut memiliki ciri-ciri gigi
geraham kedua sebagai gigi terbesar dan gigi depannya yang kecil.
Kanak-kanak ini dikatakan berusia sekitar 6 tahun
dan dianggap sebagai anak Pinthecropus.
Antara ciri Pithencropus Mojokertensis
ialah mempunyai komposisi otak sekitar 650 cc dan dikatakan juga ianya boleh
mencapai 1000 cc apabila kanak-kanak tersebut menjadi dewasa.[12]
Mempunyai tulang rahang yang besar, muka yang menonjol, kening tepal dan tulang
pipi yang tebal. Melalui penyelidikan yang dilakukan oleh Von Koeningswald dan
Duyfjes rangka yang ditemui berasal daripada lapisan Jetis.[13]
Seterusnya
pula ditemukan Pinthecropus Robustus
yang membawa maksud manusia kera yang besar dan kuat tubuhnya.Dijumpai oleh Von
Koeningswald di Sangiran lembah Sungai Bengawan Solo. Tengkorak yang ditemui
bersaiz besar dan lebar. Rahang bahagian bawahnya lebih besar daripada Pinthencropus Erectus. Gerahamnya
menunjukkan ciri manusia tetapi bahagian lain memberatkan kepada ciri kiri, Pinthencropus Robustus mepunyai kapisiti
otak 900 cc.
Pada
tahun sekitar tahun ini juga di Sangiran, Surakarta telah dijumpai fosil oleh
Von Koeningswald. Dijumpai sejenis tengkorak yang masihih mempunyai tulang
rahang bawah, gigi yang masih kelihatan tegap dan tengkorak tersebut
menunjukkan juga ianya mempunyai geraham yang besar-besar.[14]
Tulang rahang atas dan rahang bawah jauh lebih kuat daripada Pinthencropus Erectus. Fosil ini dinamai
Meganthropus Paleojavanicus yang
mempunyai maksud “manusia raksasa Jawa” kerana
disebabkan tubuhnya dikatakan
besar dan ianya ditemui di Jawa.
Penemuan manusia purba Meganthropus Paleojavanicus itu telah dianggarkan hidup antara 20
juta- 15 juta tahun yang lalu dan dikatakan sebagai fosil manusia tertua di
Indonesia. Manusia ini mempunyai kening yang panjang dan tulang pipi menebal. Megathronpus Paleojavaniscus hidup
sezaman dengan Pinthecropus Mojokertensis
namun tingkat kehidupanya lebih primitif.
Jenis makanan yang dimakan oleh manusia ini adalah
tumbuhan-tumbuhan.
PERKEMBANGAN
MANUSIA AWAL DI KEPULAUAN JAWA SECARA KRONOLOGI MENGIKUT LAPISAN
Lapisan
Pleistosen
|
Jenis Rangka
yang Ditemui
|
Lokasi
Penemuan
|
Tahun
|
Ngandong
|
Homo
Wajakensis
|
Wajak
|
1889
|
|
Homo Soloensis
|
Ngandong/
Solo
|
1931-1934
|
Trinil
|
Pinthecropus
Erectus
|
Trinil
|
1890
|
Jetis
|
Pinthecropus
Robustus
|
Ngandong
|
1939
|
|
Pinthecropus
mojokertensis
|
Perning/
Mojokerto
|
1936
|
|
Meganthropus Paleojavanicus
|
Sangiran
|
1941
|
Jadual
1. Perkembangan manusia awal di kepulauan Jawa
Homo
florosiensis
Liang
Bua merupakan sebuah gua yang terletak di daerah Flores, Indonesia. Di kawasan ini
telah ditemui rangka Homo Florosiensis oleh Peter Brown pada tahun 2003. Beliau
menjumpai rangka milik wanita yang dianggarkan berusia 18,000 tahun dahulu.[15]
Umur manusia tersebut dianggarkan antara 25-30 tahun, ketinggian hanya mencapai
sehingga 106 cm dan mempunyai tulang kaki dan tangan yang kekar. Manusia yang
ditemui ini digelar sebagai Hobbit. Manusia
ini dikatakan telah mendiami Flores sejak 13 000-95 000 tahun dahulu.
Pada
tahun 2004, di tapak yang sama telah ditemui lagi 30 rangka milik manusia Homo florosiensis.[16]
Manusia kerdil ini mempunyai ketinggian sekitar tiga kaki dan berat 55 paun.
Dapat dilihat perbezaan tinggi dan berat antara manusia biasa dengan manusia Homofloriensis menunjukkan manusia ini
mempunyai ciri-ciri yang unik untuk dikaji. Selain itu juga, manusia ini
mempunyai dahi yang landau,kening menonjol dan mempunyai geraham yang sama
dengan Pinthencropus Erectus.
Kapasiti otaknya dikatakan lebih rendah daripada Chimpanzee.
Antara
faktor yang menyebabkan manusia di Flores ini berbadan kecil kerana mereka
mempunyai penyakit Microcephaly. Penghidap
penyakit Microcephaly mempunyai
kondisi otak yang lebih kecil daripada manusia normal kerana otak mereka
mengecut. Microcephaly disebabkan
oleh faktor genetik meyebabkan badan manusia Flores lebih kecil berbanding
manuasia normal.
Selain
itu, faktor keadaan geografi Flores yang terasing menyebabkan manusia ini
beradan kecil. Sumber makanan yang kurang mengakibatkan kekurangan sumber
protein.[17]
Sumber protein amat penting bagi petumbesaran badan manusia. Disebabkan, sumber
protein yang terhad tumbuhsran manusia Homoflorosiensis terbantut. Gajah pada
zaman tersebut dikatakan hanya sebesar saiz kerbau sahaja. Manusia Homoflorosiensis hidup secara
berkelompok dan mengamalkan perburuan.
Antara
tahun 1950-1960, Theoder Verhoeven seorang paderi dari Belanda telah menemui
tanda-tanda kewujudan awal dan artifak batu berhampiran dengan fosil gajah yang
sudah berusia 750 000 tahun di Liang Toge sekitar 30 KM dari Gua Liang Bua. Dia
berhasil menemukan 7 rangka manusia serta artifak seperti serpih, tembikar dan
tulang-tulang binatang. Ini membuktikan telah wujud manusia awal di kawasan
tersebut. Manusia yang ditemui ini
digelar Protonegrito Florensisdi.
Penemuan
rangka manusia awal di Semenanjung Malaysia
Perak Man
merupakan rangka manusia paling tertua yang ditemui di Malaysia. Ia dinamakan Perak Man kerana rangka tersebut ditemui
di sebuah gua yang terletak di Perak.[18]
Rangka ini ditemui pada tahun 1991 hasil dari Pusat Penyelidikan USM yang
diketuai oleh Datuk Prof Zuraina Majid. Rangka ini ditemui di dalam Gua Gunung
Runtuh, Lembah Lenggong, Perak. Rangka tersebut dikatakan sudah berusia 10 000
tahun yang hidup pada zaman batu Paleolitik. Perak Man telah dikebumikan dengan
posisi kedua kakinya berlipat ke arah dada dan tanggan kananya berada di
bahagian bahu kanan.[19] Kajian yang dibuat oleh Teuku Jacob terhadap
rangka ini mengatakan ia milik seorang lelaki.
Perak Man
meninggal pada usia antara 40-45 tahun akibat sakit tua dan dikesan mengalami penyakit
genetik Brancimesophlangia. Cara
jalannya membongkok akibat penyakit genetik yang dialaminya dan memiliki tangan
kiri yang lemah serta mempunyai satu jari yang cacat. Cara penguburan Perak Man mengikut istiadat. Lubang
digali sedalam 80-100 cm dan di sekitar lubang tersebut dilapik 3,700
cengkerang dan tulang-tulang haiwan.
Di
Gua Cha, Kelantan telah ditemui rangka manusia Hoanbihian. Di sini telah
ditemui lebih 45 rangka manusia.[20]
Kajian ekskavasi dijalankan oleh arkeologis British bernama Gale Sieveking pada
tahun 1954. Dikatakan manusia awal di sini merupakan moyang kepada penduduk
Orang Asli dan orang Malenesia Kuno. Sieveking telah menemukan 14 rangka
manusia Hoanbinhian yang ditanam secara melunjur.[21]
Gua tersebut telah didiami oleh masyarakat Hoanbinhian sejak 10,000 tahun
dahulu.
Selain
itu turut dijumpai rangka manusia di Gua Niah, Sarawak. Kajian dijalankan pada
tahun 1958 yang diketuai oleh Tom Harrisson dan isterinya Barbara Harrison.[22]
Mereka telah menjumpai sebuah tengkorak yang dianggarkan telah berusia 40 000
tahun dan merupakan tengkorak manusia moden paling awal di Asia Tenggara yang
hidup pada zaman Paleolitik. Analisis yang dilakukan oleh Brothwell pada tahun
1960 menyatakan tengkorak tersebut milik orang yang masih muda dalan anggaran
usia 15 tahun.[23] Penemuan
rangka ini telah membuktikan wujudnya
manusia awal di Malaysia.
Kesimpulan
Daripada
penemuan rangka-rangka tersebut dapat disimpulkan telah ada bukti kewujudan
manusia awal di Asia Tenggara. Dengan penemuan rangka-rangka ini, sejarah dunia
telah berubah dan meletakkan Asia Tenggara antara kawasan yang pernah didiami
manusia awal prasejarah. Selain itu, dapat kita simpulkan Homo Sapiens merupakan kesinambungan daripada Pinthercropus Erektus dan
merupakan nenek moyang kepada manusia moden. Pada peringkat Plestosen
akhir Pithencropus telah berevolusi
menjadi Homo yang mempunyai
kecergasan otak lebih tinggi. Hal ini dapat dibuktikan melalui ciri-ciri
kebudayaan yang diamalkan oleh mereka daripada sudut kegiatan ekonomi,
kepercayaan, tinggalan peralatan batu, corak penempatan, kesenian, ras ataupun
bangsa dan juga dapat dikenal pasti melalui penemuan sisa-sisa hominid (rangka
tulang dan tengkorak).
Seterusnya, hasil daripada pengalaman
dan panduan tinggalan masyarakat dahulu menjadikan masyarakat Homo Sapiens semakin maju dalam segenap
sudut. Mereka belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan alam sekitar untuk
terus hidup. Corak kehidupan yang semakin moden telah menyebabkan teknik-teknik
pembuatan alat batu menjadi semakin maju dan halus. Cabaran yang mereka hadapi
dalam kehidupan menjadi mereka lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kehidupan seharian. Hal ini menjadikan manusia semakin pandai
berfikir sampai dapat mencapai tahap manusia moden pada hari ini.
[1] Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala
Lumpur : Utusan
Publications & Distrubutor Sdn Bhd, 2008,
hlm.1.
[2] Ibid.
[3] Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (Suatu
Pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas),
Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia
dan Sukan Malaysia, 1975, hlm. 29.
[4]Frank Hole dan Robert F. Heizer,
Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm.187.
[5] Peter Bellwood, Prehistory of The Indo-Malaysian Archipelago,
Australia : Academic Press Australia, 1985, hlm. 46- 53.
[6]
Abdul Rahman Haji Abdullah,
Wacana Falsafah Sejarah : Perspektif Barat dan Timur, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, 2000, hlm. 36.
[7]
Marwati Djoened
Poesponegoro dan Nugroho Notususanto, Sejarah
Nasional Indonesia, Vol. 1, Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan,
1993, hlm. 61.
[8]Ibid, hlm. 71.
[9]Marwati Djoened Poesponegoro dan
Nugroho Notususanto, Sejarah Nasional
Indonesia, hlm. 75.
[10] Teuku Jacob, ‘New Finds of Lower
and Middle Pleistocene Hominines From Indonesia and an Examination of Their
Antiquity’, dlm. Fumiko Ikawa-smith,( ed.), Early Paleolithic in South and East
Asia, , Chichago: Mouton Publishers, 1978, hlm. 15.
[11] Teuku Jacob, New Finds of Lower
and Middle Pleistocene Hominines From Indonesia and an Examination of Their
Antiquity , hlm. 13.
[12] Marwati Djoened Poesponegoro dan
Nugroho Notususanto, Sejarah Nasional
Indonesia, hlm. 70.
[13]Ibid, hlm. 41.
[14] Marwati Djoened Poesponegoro dan
Nugroho Notususanto, Sejarah Nasional
Indonesia, hlm. 67.
[15]
Weerawardane, Prasanna.
"Ebu Gogo-the Little People of Flores." SPAFA Journal (Old series 1991-2013) 14, no. 3 (2004): 45, URL:
http://spafajournal.org/index.php/spafa1991journal/article/view/138
[16]
Debbie Argue,. "The Homo
Floresiensis Puzzle." Popular
Anthropology Magazine 2, no. 3 (2011): 18, URL: http://popanthro.nfshost.com/index.php/PopAnthro/article/download/91/92.
[17] Weerawardane, Prasanna.
"Ebu Gogo-the Little People of Flores”, hlm. 48.
[18]
Zuraina Majid (editor), The Perak Man and Other Prehistoric
Skeletons of Malaysia, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia,
2005, hlm. 1.
[19] Zuraina Majid (editor), The Perak Man and Other Prehistoric
Skeletons of Malaysia, hlm. 5.
[20]
Adi Haji Taha et al.,
(editor), Tamadun Prasejarah di Malaysia,
Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia, 2011, hlm. 101.
[21] Ibid.
[22]
Zuraina Majid (editor), The Perak
Man and Other Prehistoric Skeletons of Malaysia, hlm. 131.
[23] Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah Keudayaan Asia Tenggara,
Selangor : Karisma Publications, 2006, hlm. 5.
Comments
Post a Comment