Buku menarik untuk dibaca
1. Zf Zamir - Sekolah bukan penjara, universiti bukan kilang Buku ini telah mengubah persepsi aku terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Sebelum jumpa buku ini aku ada krisis dengan diri aku di mana aku tak puas hati dengan sistem pendidikan kita yang terlalu exam oriented sampai aku jadi stress. Buku ini memberi penjelasan yang agak baik tentang kelemahan sistem pendidikan kita. 2. Tamim Ansary - Sejarah dunia dari sudut pandang Islam Mungkin kau anggap genre buku seperti ini cliche. Bila aku baca buku ini aku rasa macam wow. Banyak benda yang aku tak tahu sebenarnya tentang sejarah Islam. Tentang sejarah hasyasyin(merepek je aku eja), pembunuhan Saidina Usman dan Saidina Ali dan pelbagai lagi. Bagi aku sejarah Islam yang diajar kat oleh ustaz atau ustazah macam ada kekurangan. Buku Buya Hamka tentang sejarah Islam juga boleh kau nak baca dan skopnya lebih luas kerana melibatkan kawasan di nusantara. 3. Syed Hussein al-Attas - Intelek...