Kejam.
Lagi seminggu nak SPM.Tapi aku still sibuk bukak laptop.Ada aku kisah.Aku hidup bukan nak jadi zombi untuk dapatkan straight A.Ini hidup aku.Aku akan teruskan juga.Aku takkan tunduk pada sistem yang kejam ni.Aku bukan lagi macam dulu.Mendengar sahaja kata-kata kau.Menjadi pak turut.Aku bukan tin kosong lagi.Permikiran aku dah tak macam dulu.Kau fikir dengan mengugut aku aku akan mengalah.Tidak sama sekali.Kau tamak tahu tak.Tamak.Walaupun aku tak dapat merasa zaman kegemilangan Islam,aku dapat rasa betapa bertuahnya intelektual zaman dulu mencari ilmu.Mereka bebas belajar apa sahaja.Lihat Ibnu Sina.Beliau bukan sahaja belajar Sains tetapi belajar ilmu Falsafah juga.Tetapi kenapa kini masyarakat kita cuba memisahkan kedua-dua aliran tersebut dan cuba mencipta satu sistem kasta yang sangat kejam.Yang telah menjadi racun dalam diri aku dan pelajar-pelajar lain.Perlahan-perlahan membunuh sistem pendidikan negara kita. Kau janganlah menghukum mereka yang ponteng sekolah itu malas dan bodoh...